Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

MOH sahkan 32 kes baru COVID-19 di S'pura; 7 dibenar pulang

Kementerian Kesihatan (MOH) pada Khamis (19 Mac) melaporkan 32 kes baru COVID-19, membawa jumlah kes virus korona di negara ini kepada 345. 

Anggaran Waktu Membaca:
MOH sahkan 32 kes baru COVID-19 di S'pura; 7 dibenar pulang

Para penumpang dalam sebuah kereta api di Singapura pada 18 Mac 2020. (Gambar: Catherine Lai)

Diterbitkan : 19 Mar 2020 10:15PM Dikemas Kini : 19 Mar 2020 10:19PM

SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) pada Khamis (19 Mac) melaporkan 32 kes baru COVID-19, membawa jumlah kes virus korona di negara ini kepada 345.

Sebanyak 24 daripada kes baru itu diimport manakala baki lapan adalah jangkitan COVID-19 setempat.

Kes-kes yang diimport itu sebelum ini membuat perjalanan ke Eropah, Amerika Utara dan negara-negara ASEAN seperti Filipina, Malaysia serta Thailand.

Menurut MOH, kesemuanya merupakan penduduk Singapura dan pemegang pas jangka panjang yang pulang ke tanah air.

Kes 345 dikaitkan dengan kelompok di gim boulder+ manakala satu lagi kes dikaitkan dengan kes sebelumnya (kes 335 dikaitkan dengan kes 234 dan 311).

Enam lagi kes tidak menunjukkan sebarang kaitan dengan mana-mana kes.

Sementara itu, tujuh lagi pesakit sudahpun dibenarkan pulang dari hospital sekali gus membawa jumlah kes yang sembuh kepada 124. Kebanyakan daripada 221 pesakit yang masih berada di hospital, kebanyakannya berada dalam keadaan stabil atau beransur pulih. Seramai 15 pesakit berada dalam keadaan kritikal di Unit Jagaan Rapi (ICU).

Beberapa daripada kes baru diimport adalah anggota keluarga kepada kes-kes yang diumumkan sebelum ini.

Kes 328, adalah seorang wanita penduduk tetap Singapura berusia 63 tahun. Beliau adalah anggota keluarga kes 268. Beliau sebelum ini membuat perjalanan ke United Kingdom dan Switzerland.

Kes 329, seorang lelaki Singapura berusia 64 tahun telah ke Turki, dan adalah anggota keluarga kepada kes 292.

Kes 339, pula lelaki Singapura berusia 66 tahun, membuat perjalanan ke Filipina dan adalah anggota keluarga kepada kes 279.

RISIKO KES COVID-19 DIIMPORT KE S'PURA LEBIH TINGGI

Pihak berkuasa Singapura pada Khamis menyatakan bahawa semua pelajar dan anggota kakitangan sekolah yang pulang dari luar negara semasa cuti sekolah bulan Mac akan diletakkan di bawah Cuti Ketidakhadiran (LOA) selama 14 hari sekembalinya mereka ke tanah air pada atau selepas 14 Mac.

Langkah itu diumumkan sehari selepas MOH menyatakan bahawa semua rakyat dan penduduk tetap Singapura, pemegang pas jangka panjang serta pelawat jangka pendek yang memasuki Singapura dari jam 11.59 malam pada Jumaat akan dikenakan notis Jangan Keluar Rumah (SHN) selama 14 hari.

Mereka yang menjalani notis SHN perlu duduk di tempat kediaman mereka pada setiap masa selama 14 hari setelah memasuki Singapura.

Di tengah-tengah risiko mengimport kes COVID-19 ke Singapura yang dipertingkat, MOH pada Rabu menasihatkan semua rayat Singapura agar menangguhkan semua perjalanan ke luar negara dengan serta-merta.  

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan