MOH rancang latih 10,000 jururawat bagi jagaan am paliatif jelang 2030
Kementerian Kesihatan (MOH) mahu melatih 10,000 jururawat dengan kemahiran jagaan am paliatif menjelang 2030.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) mahu melatih 10,000 jururawat dengan kemahiran jagaan am paliatif menjelang 2030.
Jumlah tersebut membentuk lebih 20 peratus tenaga kerja kejururawatan tempatan.
Menurut MOH, latihan itu akan melengkapkan para jururawat untuk mengurus bukan sahaja keperluan fizikal pesakit di akhir hayat, malah juga kesejahteraan emosi dan rohani mereka.
"Kita juga perlu melangkaui para jururawat, dengan melengkapkan para doktor keluarga, pengamal kesihatan bersekutu, dan pekerja jagaan masyarakat dengan kemahiran serupa.
"Dengan itu, kita boleh menyokong pesakit dengan lebih teratur di setiap peringkat perjalanan mereka," kata Menteri Kesihatan, Ong Ye Kung.
Encik Ong berucap demikian di Persidangan Penjagaan Paliatif Singapura, di mana beliau turut berkongsi kemas kini berhubung Strategi Nasional untuk Penjagaan Paliatif yang dilancarkan pada 2023.
Kata beliau, lebih ramai rakyat Singapura mendapat jagaan palatif di tahun-tahun terakhir kehidupan mereka, iaitu dari 46 peratus dua tahun lalu, kepada 51 peratus sekarang.
Encik Ong juga berkongsi bahawa pada 2023, kapasiti jagaan paliatif di rumah adalah sekitar 2,400.
Namun kini kapasitinya adalah lebih 3,600, iaitu peningkatan sebanyak 50 peratus.
Kapasiti di hospis pula meningkat hampir 30 peratus, kata beliau.
Namun Encik Ong berkata, lebih banyak lagi boleh dilakukan untuk membantu rakyat Singapura meninggal dunia dalam keadaan aman dan selesa di rumah.
"Sedang lebih ramai pesakit kini mendapat jagaan paliatif, ramai berbuat demikian di hospital akut.
"Jika mereka tidak dihantar untuk menerima jagaan paliatif dalam persekitaran masyarakat seperti di rumah atau di hospis, biasanya mereka akan meninggal dunia di hospital.
"Bagi ramai dari mereka, sebenarnya itu bukan pilihan mereka," kata Encik Ong.

Sumber : CNA/IQ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.