MOH perluas akses khidmat diagnostik di lebih banyak klinik kejiranan di bawah SG Lebih Sihat
Anggaran Waktu Membaca:
New: You can now listen to articles.
This audio is generated by an AI tool.
SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) akan meluaskan akses kepada khidmat seperti imbasan X-ray, ultrasound serta kamera retina di lebih banyak klinik kejiranan yang menyertai program SG Lebih Sihat.
Para pesakit di klinik-klinik sedemikian juga mungkin mendapat akses lebih luas kepada khidmat sampingan dan diagnostik yang bersubsidi, dengan sokongan diterapkan secara berperingkat.
Menteri Kesihatan Ong Ye Kung mengumumkan demikian di satu persidangan industri.
"Permintaan bagi pengurusan pencegahan dan penyakit kronik yang rumit semakin meningkat, dan sejujurnya, poliklinik-poliklinik tidak mampu tanganinya walaupun kami cuba tingkatkan kapasiti.
"Masa depan jagaan kesihatan bukan di hospital sahaja. Ia terletak dalam masyarakat, dalam pencegahan. Ia merangkumi hubungan yang dibina dengan pesakit dari masa ke masa.
"Tersedia peluang baik untuk mengukuhkan lebih banyak khidmat jagaan pesakit di peringkat jagaan asas, terutama sekali doktor keluarga (GP)," kata Encik Ong.
Menurut Encik Ong, sokongan pemerintah untuk klinik-klinik keluarga juga sudah meningkat, daripada S$230 juta pada 2022 kepada S$350 juta tahun lalu.
Ini bagi menyokong aliran pendapatan bagi GP, sedang hasil daripada penjualan ubat-ubatan terus merosot.
Bagi menyokong penyelarasan jagaan di kawasan kejiranan dengan lebih baik, sebahagian tender dinilai berdasarkan mutu berbanding harga yang ditawarkan.
Lapan klinik sudah dianugerahkan tender di bawah model baharu itu sepanjang tahun lalu.

Sumber : CNA/AI/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.