MOH mungkin tambah kapasiti jika ramai pesakit pilih hospital awam susuli perubahan skim insurans hospital
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) mungkin perlu melaksanakan langkah-langkah menambah kapasiti dengan cepat, jika lebih ramai pesakit memilih hospital awam menyusuli perubahan kepada skim insurans hospital terlaksana.
Bermula 1 April, mereka yang mengambil Pelan Perlindungan Bersepadu atau 'IP rider' perlu membayar kadar lebih tinggi bagi bil hospital privet mereka.
Bagi jangka pendek, ini mungkin akan menyebabkan sebilangan pesakit beralih kepada hospital awam untuk biaya lebih rendah.
Menteri Kesihatan Ong Ye Kung berkata ruang tambahan di hospital-hospital awam bagi para pesakit mungkin diperlukan untuk rawatan terpilih.
Bagi tempoh jangka sederhana hingga panjang, perubahan pada 'IP rider' dijangka akan menimbulkan kesan kepada penggunaan kidmat jagaan kesihatan awam dan privet, selain waktu menunggu.
Tambah Encik Ong, sebilangan pesakit di hospital privet merosot daripada 15 kepada 10 peratus sejak 2010.
Ini disebabkan oleh kos yang meningkat.
Perubahan pada pembayaran 'IP rider' bertujuan meletakkan kos jagaan kesihatan privet dan insurans kesihatan pada kadar yang lebih mampan.

Sumber : CNA/QA/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.