Skip to main content

Singapura

MOH luluskan penggunaan vaksin Sinovac di bawah Laluan Akses Khas

Vaksin Sinovac COVID-19 akan dibenarkan untuk kegunaan di Singapura di bawah Laluan Akses Khas.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 02 Jun 2021 07:48PM Dikemas Kini : 02 Jun 2021 09:35PM

SINGAPURA: Vaksin Sinovac COVID-19 akan dibenarkan untuk kegunaan di Singapura di bawah Laluan Akses Khas.

Ia menyusuli keputusan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) meluluskannya bagi kegunaan kecemasan, pada Selasa (1 Jun).

Kementerian Kesihatan (MOH) menyatakan ia akan menyiapkan perincian seperti soal harga, proses membuat pilihan dan aspek keselamatan bagi mereka yang memilih vaksin Sinovac.

MOH juga akan memberikan perincian dalam masa beberapa hari lagi bagi institusi-institusi jagaan kesihatan swasta untuk membuat permohonan untuk menjadi penyedia berlesen bagi vaksin Sinovac.

Kementerian itu juga sedang mengkaji kemungkinan bagi institusi-institusi jagaan kesihatan swasta mempunyai akses kepada bekalan vaksin Sinovac yang dimiliki pemerintah sebanyak 200,000 dos.

Ia menambah bahawa vaksin Sinovac tidak termasuk dalam program vaksinasi negara.

Mereka yang mengalami kesan sampingan daripada suntikan vaksin Sinovac tidak layak menerima bantuan di bawah Program Bantuan Kewangan Kecederaan Vaksin bagi vaksinasi COVID-19.  

Sumber : CNA/NF/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita