Skip to main content

Singapura

MOH lancar alat baharu bantu pesakit kesan risiko kencing manis, kolesterol tinggi lebih awal

Kementerian Kesihatan (MOH) mendedahkan sebuah alat AI baharu yang membantu pesakit mengesan risiko kencing manis dan kolesterol tinggi lebih awal lagi.
Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 05 Mar 2026 06:23PM Dikemas Kini : 20 Mar 2026 11:16PM
SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) mendedahkan sebuah alat AI baharu yang membantu pesakit mengesan risiko kencing manis dan kolesterol tinggi lebih awal lagi.

Alat itu akan dilancarkan ke seluruh negara tahun depan.

Langkah berkenaan diambil sedang MOH berusaha memajukan jagaan pencegahan dalam masyarakat, selain memastikan perbelanjaan jagaan kesihatan menjadi mampan menerusi penggunaan teknologi.

"Dalam soal AI dalam jagaan kesihatan, kami dipandu oleh dua prinsip.

Pertama, jagaan perlu ditingkatkan oleh AI, bukan diputuskan oleh AI.

Para klinisian sentiasa dilibatkan dan jagaan kesihatan kekal menjadi usaha yang berteraskan manusia.

"Kedua, kami mengambil pendekatan dan berasaskan kes penggunaan.

AI tidak seharusnya ibarat tukul mencari paku, iaitu huraian mencari masalah.

"Kami kerahkan AI jika kami tahu ia akan menambah baik keadaan pesakit atau penjagaannya, serta kosnya lebih berkesan," kata Menteri Kesihatan Ong Ye Kung semasa Perbahasan Peruntukan Belanjawan bagi Kementerian Kesihatan di Parlimen pada Khamis (5 Mac).
Sumber : CNA/DY/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita