Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

MOH kurangkan jumlah sekolah perubatan yang diiktiraf pemerintah, dari 160 kepada 103

Mulai 2020, senarai sekolah-sekolah perbuatan yang mana para siswazahnya boleh mengamalkan bidang perubatan di Singapura bakal dikurangkan kepada 103 daripada 160.

Anggaran Waktu Membaca:
MOH kurangkan jumlah sekolah perubatan yang diiktiraf pemerintah, dari 160 kepada 103

Gambar fail seorang doktor. (Gambar: AFP/Joe Raedle)

Diterbitkan : 18 Apr 2019 10:08PM Dikemas Kini : 19 Apr 2019 12:22AM

SINGAPURA: Mulai 2020, senarai sekolah-sekolah perbuatan yang mana para siswazahnya boleh mengamalkan bidang perubatan di Singapura bakal dikurangkan kepada 103 daripada 160. Ini setelah Majlis Perubatan Singapura (SMC) mengkaji semula sekolah-sekolah perubatan di luar negara dengan kelayakan perubatan asas yang boleh didaftarkan.

Demikian menurut SMC dalam satu kenyataan bersama dengan Kementerian Kesihatan (MOH) Khamis (18 Apr).

Perubahan tersebut dilakukan sedang keperluan untuk merekrut doktor-doktor terlatih dari luar negara merosot, dengan keseluruhan pengambilan secara tahunan dari sekolah-sekolah perubatan setempat meningkat yakni daripada 300 dalam 2010 kepada sekitar 500 tahun lalu.

MOH dan SMC menyatakan: "Kesan daripada peningkatan dalam pengambilan sekolah perubatan setempat akan disedari sepenuhnya mulai 2023 apabila para pelajar menamatkan pengajian mereka."

Faktor-faktor seperti ranking atau kedudukan antarabangsa dan nasional universiti-universiti luar negara serta prestasi para doktor berdaftar dengan syarat dari universiti-universiti berkenaan diambil kira.

Universiti-universiti yang tidak akan disertakan merangkumi dari 20 negara termasuk Australia, United Kingdom, Amerika Syarikat, China dan India.

Beberapa sekolah yang sudah digugurkan daripada senarai itu termasuk Sekolah Perubatan Universiti The Flinders Australia Barat, Fakulti Sains Kesihatan Universiti Ottawa dan Fakulti Perubatan Universiti Hebrew Jerusalem.

Para pelajar warga Singapura dan Penduduk Tetap yang sudah mendapat tempat dalam program-program perubatan dari sekolah-sekolah yang tidak lagi berada dalam senarai berkenaan atau mereka yang sedang menuntut di sekolah-sekolah yang sudahpun digugurkan sebelum 1 Januari 2020 tidak akan terjejas oleh perubahan itu.

Golongan tersebut akan masih dipertimbangkan bagi pendaftaran perubatan bersama SMC jika mereka memenuhi syarat-syarat sedia ada yang tertakluk kepada penawaran pekerjaan dengan sebuah institusi jagaan kesihatan - yang diluluskan majlis tersebut - setelah mereka meraih ijazah.

SMC juga menyatakan senarai itu akan terus kerap disemak untuk memenuhi keperluan yang kian berubah-ubah dalam sistem jagaan kesihatan Singapura. Langkah itu juga demi memastikan mutu para doktor terlatih dari luar negara yang bekerja di Singapura.

Senarai yang disemak semula itu boleh dilihat secara penuh di laman web SMC.

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan