MOH kurangkan hukuman doktor buat tuntutan MediShield Hayat tidak wajar
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: The Surgical Oncology Clinic dan Melissa Teo Surgery di Google listings)
SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) telah mengurangkan hukuman yang dikenakan kepada seorang doktor dan dua kliniknya kerana membuat tuntutan MediShield Hayat yang tidak wajar.
Tindakan menggantung akreditasi MediShield Life dan MediSave Dr Teo Ching Ching Melissa dikurangkan daripada enam bulan kepada empat bulan.
Ia dibuat selepas MOH bersetuju menerima dan mempertimbangkan representasi yang dibuat oleh Dr Teo.
Dr Teo dan dua kliniknya - The Surgical Oncology Clinic and Melissa Teo Surgery - digantung akreditasinya selama enam bulan pada Ogos.
TINDAKAN PENGUATKUASAAN
Pada 5 Ogos, MOH mengumumkan bahawa ia telah mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap enam doktor, termasuk Dr Teo, kerana membuat tuntutan MediShield Hayat yang tidak wajar.
MOM mendapati "ketidakpatuhan serius" dalam tuntutan MediShield Hayat yang dikemukakan pada 14 Jul 2023 untuk pembedahan yang telah dijalankan oleh Dr Teo.
Panel pakar dilantik MOH dan Majlis MediShield Hayat mendapati Dr Teo telah membuat tuntutan berlebihan dengan menyerahkan enam kod Senarai Prosedur Pembedahan (TOSP) dalam satu tuntutan.
Panel tersebut menilai bahawa empat daripada enam kod tersebut tidak diperlukan, kerana prosedur yang dilakukan boleh diliputi secukupnya dengan dua kod.
Dr Teo sebelum ini telah diberi amaran oleh MOH mengenai ketidakpatuhan serupa yang ditemui dalam tuntutannya, kata Kementerian.
Sebelum pengumuman itu, MOH pada 1 Julai memaklumkan Dr Teo tentang hasratnya untuk menggantung akreditasi beliau dan kliniknya. Dr Teo juga di elawa untuk mengemukakan representasinya selewat-lewatnya pada 15 Julai.
Dia tidak berbuat demikian dan diberi notis kedua pada 29 Julai, memaklumkan penggantungan itu pada 5 Ogos.
"Dr Teo dan kliniknya akur menerima notis itu dan tidak mengemukakan sebarang representasi," kata MOH.
Bagaimanapun, Dr Teo menulis kepada MOH memohon peluang untuk mengemukakan representasi terlewat pada 19 Ogos, dua minggu selepas penggantungan itu berkuat kuasa.
MOH bersetuju dengan permintaan Dr Teo dan menerima representasinya pada 6 Sep.

Sumber : CNA/SU/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.