MOH kaji cara bezakan premium insurans
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) sedang mengkaji cara-cara untuk membezakan premium insurans berdasarkan mereka yang mengamalkan gaya hidup sihat atau yang sebaliknya.
Pada masa yang sama, kementerian tersebut juga sedang menimbangkan langkah-langkah kawal selia bagi mengurangkan pengambilan garam, serta memberi insentif untuk menggalak orang ramai supaya kekal cergas.
Menteri Kesihatan Ong Ye Kung memberikan perkembangan tersebut semasa berucap di Forum Dasar Ekonomi Singapura pada Selasa (31 Okt).
Encik Ong menarik perhatian kepada keperluan untuk mengurangkan pembaziran sumber-sumber jagaan kesihatan.
Misalnya, para pesakit yang mempunyai perlindungan insurans mungkin memilih rawatan, khidmat diagnostik atau ubat-ubatan yang lebih mahal walaupun mereka mungkin tidak memerlukannya.
Encik Ong menyifatkannya sebagai satu "bahaya moral".
Jika setiap pesakit dengan perlindungan insurans berbuat demikian, beliau berkata tindakan seumpama itu hanya akan menaikkan kos jagaan kesihatan negara.
"Kami membuat kesimpulan bahawa untuk menyederhanakan penggunaan berlebihan dan pembaziran (sumber) jagaan kesihatan, kemungkinan besar perlu ada peraturan-peraturan lebih ketat bagi insurans jagaan kesihatan," kata Encik Ong.
"Kami sedang bekerjasama dengan semua pihak berkepentingan mengenai perubahan-perubahan lain yang mungkin boleh dilaksanakan demi mengurangkan bahaya moral, menyederhanakan kenaikan kos jagaan kesihatan serta menjadikan insurans kesihatan lebih dimampui dan adil," tambahnya.

Sumber : CNA/AI/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.