Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

MOH hentikan sementara penggunaan 2 jenama vaksin selesema di S'pura

Kementerian Kesihatan pada Ahad (25 Okt) memaklumkan penyedia perkhidmatan kesihatan dan pengamal perubatan untuk menghentikan buat sementara waktu penggunaan dua vaksin demam selesama.

Anggaran Waktu Membaca:
MOH hentikan sementara penggunaan 2 jenama vaksin selesema di S'pura

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 25 Oct 2020 09:43PM Dikemas Kini : 25 Oct 2020 09:54PM

SINGAPURA: Kementerian Kesihatan pada Ahad (25 Okt) memaklumkan penyedia perkhidmatan kesihatan dan pengamal perubatan untuk menghentikan buat sementara waktu penggunaan dua vaksin demam selesama.

Langkah berjaga-jaga itu dibuat ekoran beberapa kes kematian yang dilaporkan selepas suntikan vaksin selesema di Korea Selatan.

MOH menyatakan setakat ini tiada kematian berkaitan dengan suntikan vaksin seperti itu di Singapura.

Dua vaksin tersebut adalah SKYCellflu Quadrivalent yang dihasilkan oleh SK Bioscience, dan VaxigripTetra yang dihasilkan oleh Sanofi Pasteur.

Kedua-dua jenama itu adalah sebahagian daripada kumpulan tujuh jenama yang dikenal pasti pihak berkuasa kesihatan Korea Selatan sebagai berkaitan dengan kematian yang dilaporkan di sana.

MOH dan Penguasa Sains Kesihatan (HSA) menyatakan pihaknya sedang memantau situasi dengan teliti dan berhubungan dengan rakan sejawatan di Korea Selatan.

Sementara itu, MOH menasihatkan mereka yang dijadualkan mendapat suntikan vaksin selesema supaya terus melakukannya, dengan menggunakan dua jenama vaksin lain yang sedia ada.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan