MOH gesa warga SG elak membazir bekalan ubat
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: CNA/Davina Tham)
SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) menasihati orang ramai supaya membeli ubat, terutama sekali ubat untuk kanak-kanak dalam jumlah yang mencukupi bagi keperluan peribadi.
Ini bagi mengurangkan pembaziran, menurut kementerian itu pada Rabu (21 Dis) semasa menjawab pertanyaan media mengenai bekalan ubat yang dijual di cawangan-cawangan farmasi.
MOH menambah ia sedia maklum para peruncit dan farmasi menyaksikan permintaan yang meningkat bagi ubat batuk dan demam selesema.
"Secara amnya, peruncit dan farmasi menjual pelbagai jenama untuk setiap jenis ubat termasuk ubat generik yang sama berkesan seperti ubat berjenama," menurut MOH.
"Meskipun peniaga sudah membuat pesanan tambahan, ia mungkin mengambil masa yang lebih lama untuk menambah bekalan bagi sesetengah jenama."
MOH menasihati orang awam supaya membeli jenama alternatif jika jenama pilihan tidak tersedia.
"MOH sedang memantau situasi dengan teliti."
"Kami sedang bekerja rapat dengan peruncit dan farmasi untuk memastikan ubat-ubat ini tersedia buat penduduk Singapura yang memerlukannya."
Warga China di Singapura beratur panjang untuk menghantar ubat demam selesema kepada saudara-mara mereka sedang kes jangkitan COVID-19 di China terus meningkat dan di tengah-tengah laporan yang menyatakan terdapat kekurangan bekalan ubat di negara tersebut.

Sumber : CNA/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.