Skip to main content

Singapura

MOH gandakan kapasiti jagaan paliatif di rumah kepada 3,600 tempat jelang 2025

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 19 Mar 2024 06:58PM Dikemas Kini : 19 Mar 2024 10:13PM

SINGAPURA: Menjelang 2025, Kementerian Kesihatan (MOH) akan menggandakan kapasiti penjagaan paliatif di rumah kepada 3,600 tempat.

Pesakit akhir hayat juga akan mendapat akses kepada lebih banyak khidmat jagaan.

Jumlah katil di hospital bagi pesakit sedemikian akan ditambah sekitar 300 manakala ruang bagi jagaan siang hari di hospis ditambah sebanyak 140.

Mengulas lanjut mengenai rancangan untuk menambah kapasiti itu, Menteri Kesihatan Ong Ye Kung menarik perhatian bahawa langkah tersebut bukanlah perkara yang mudah, memandangkan ia bukan sekadar soal menambah biaya, tetapi juga memerlukan tenaga kerja mahir yang mencukupi, peralatan dan pengawasan pengurusan yang berkesan.

"Namun begitu, keperluan semakin meningkat, kita harus bertindak segera, dan saya harap penyedia-penyedia kami, terutamanya yang menawarkan rawatan paliatif di rumah, boleh bertindak secepat mungkin untuk memenuhi keperluan seramai mungkin pesakit," jelasnya semasa merasmikan sebuah hab penjagaan bersepadu bersebelahan Hospital Tan Tock Seng pada Selasa (19 Mac).

Encik Ong juga mengumumkan, mereka yang mahu melakukan penjagaan paliatif di rumah, boleh menyewa peralatan perubatan dari hospital-hospital awam, bukannya syarikat sewa.

Mulai Oktober ini, pesakit-pesakit yang layak, akan mendapat subsidi untuk menyewa peralatan penting seperti katil hospital dan alat untuk bernafas sekiranya mahu menghabiskan sisa hayat mereka di rumah.

MOH telah memperuntukkan S$23 juta untuk tempoh tiga tahun bagi melaksanakan skim itu yang dijangka memberi manfaat kepada lebih 12,000 rakyat tempatan. 
 

Sumber : CNA/SM/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita