Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

MOH dedahkan dapatan kes penduduk hadapi masalah bayaran ElderShield

Kementerian Kesihatan MOH menyatakan pada Khamis (1 Nov), bahawa para penjaga dan ahli keluarga rakyat Singapura yang mengalami kurang upaya teruk, akan menjalani "proses tuntutan lebih mudah" di bawah skim CareShield Hayat baru.

Anggaran Waktu Membaca:
MOH dedahkan dapatan kes penduduk hadapi masalah bayaran ElderShield

(Gambar fail: TODAY)

Diterbitkan : 01 Nov 2018 11:06PM Dikemas Kini : 01 Nov 2018 11:08PM

SINGAPURA: Kementerian Kesihatan MOH menyatakan pada Khamis (1 Nov), bahawa para penjaga dan ahli keluarga rakyat Singapura yang mengalami kurang upaya teruk, akan menjalani "proses tuntutan lebih mudah" di bawah skim CareShield Hayat baru.

Demikian menurut MOH ketika mendedahkan dapatannya berhubung kes melibatkan seorang penduduk dan bayaran ElderShield yang diutarakan oleh Anggota Parlimen Parti Pekerja, Cik Sylvia Lim semasa perdebatan berhubung CareShield Hayat di Parlimen Julai lalu.

CareShield Hayat, yang bakal dikuatkuasakan pada 2020, adalah skim insurans ElderShield yang dipertingkat yang menyasarkan para individu yang mengalami kurang upaya amat teruk.

Berkongsi pengalaman salah seorang daripada bekas penduduknya yang hanya dikenali sebagai Encik K, Cik Lim mengutarakan keprihatinannya sama ada CareShield Hayat akan menggunakan kriteria kelayakan yang sama seperti ElderShield.

Encik K menghadapi masalah buah pinggang dan sebelah kakinya dipotong akibat kencing manis, kata Cik Lim.

Syarikat insuransnya mengambil keputusan untuk menghentikan faedah ElderShield setelah seorang doktor panel menilainya boleh melakukan kesemua enam Aktiviti Kehidupan Seharian - meskipun memerlukan sedikit pertolongan - justeru menghentikan bayaran kepadanya.

Dalam satu catatan Facebook pada Khamis (1 Nov), MOH menjelaskan butiran mengenai kes Encik K.

Beliau dinilai sebagai amat kurang upaya pada September 2014 dan setelah itu syarikat insuransnya mula menyediakan bayaran ElderShield.

Dua tahun kemudian, beliau menjalani semakan penilaian kurang upaya, yang menurut MOH "sejajar dengan amalan semakan berkala untuk menentukan sekiranya para penerima bayaran masih layak untuk kriteria tuntutan ElderShield".

Kemudian, seorang doktor menilainya boleh melakukan kesemua enam Aktiviti Kehidupan Seharian - meskipun memerlukan sedikit pertolongan. Doktor itu juga menjalankan pemeriksaan kedua pada November menyusuli satu rayuan daripada keluarganya, menurut MOH.

"Melangkah ke depan, dengan CareShield Hayat, para penjaga dan keluarga rakyat Singapura yang mengalami kurang upaya sangat teruk akan menjalani proses tuntutan lebih ringkas yang akan lebih memudahkan para pemegang polisi," jelas MOH. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan