MOH ambil tindakan terhadap 10 doktor kerana tidak patuh syarat tuntutan MediShield Hayat
Sepuluh orang doktor diarahkan oleh Kementerian Kesihatan (MOH) untuk menjalani latihan wajib selepas didapati membuat tuntutan MediShield Hayat yang tidak mematuhi peraturan antara Januari hingga Oktober.
Anggaran Waktu Membaca:
- Sepuluh orang doktor diarahkan oleh Kementerian Kesihatan (MOH) untuk menjalani latihan wajib selepas didapati membuat tuntutan MediShield Hayat yang tidak mematuhi peraturan antara Januari hingga Oktober.
- MOH menyatakan beberapa kes melibatkan pengamal perubatan yang cuba mengemukakan prosedur kosmetik sebagai rawatan perubatan.
- Menurut MOH, sejak Pejabat Pengurusan Tuntutan (CMO) ditubuhkan pada 2022, ia sudah menilai sebanyak 130 tuntutan MediShield Hayat melibatkan 44 doktor daripada 10 bidang kepakaran.
- MOH menegaskan bahawa ia memandang serius terhadap penyedia jagaan kesihatan yang membuat tuntutan kewangan yang tidak wajar atau salah dan akan terus mengambil tindakan tegas terhadap amalan yang tidak mematuhi peraturan.
SINGAPURA: Sepuluh orang doktor diarahkan oleh Kementerian Kesihatan (MOH) untuk menjalani latihan wajib selepas didapati membuat tuntutan MediShield Hayat yang tidak mematuhi peraturan antara Januari hingga Oktober.
MOH pada Khamis (13 Nov) menyatakan doktor-doktor tersebut – yang tidak dinamakan – didapati mengemukakan tuntutan yang melanggar garis panduan yang ditetapkan oleh MOH, termasuk pengekodan berganda yang tidak sesuai, pengekodan berlebihan dan mengemukakan prosedur kosmetik sebagai tuntutan perubatan.
Menurut MOH, para doktor itu akan menjalani latihan wajib berhubung amalan tuntutan yang betul dan pematuhan garis panduan klinikal.
“Doktor-doktor tersebut juga akan dipantau dengan rapi bagi tuntutan mereka pada masa akan datang, dan boleh dikenakan tindakan penguatkuasaan yang lebih tegas, termasuk penggantungan atau pembatalan akreditasi MediSave dan MediShield Hayat, jika mereka didapati terus membuat tuntutan yang tidak mematuhi peraturan,” tegas MOH dalam satu kenyataan media.
MOH memaklumkan bahawa para doktor yang dikenakan tindakan itu terdiri daripada pelbagai bidang kepakaran: urologi, pembedahan ortopedik, obstetrik dan ginekologi, pembedahan am, pembedahan plastik dan oftalmologi.
TUNTUTAN YANG TIDAK MEMATUHI GARIS PANDUAN
MOH menyatakan beberapa kes melibatkan pengamal perubatan yang cuba mengemukakan prosedur kosmetik sebagai rawatan perubatan. Antara contohnya termasuk pembetulan kelopak mata atas yang kendur, kening kendur dan dermatochalasis untuk masalah mata berkedut atau ‘baggy eyes’ – prosedur-prosedur yang tidak diiktiraf oleh MediShield Hayat kecuali jika ia dilakukan atas dasar perubatan.
Pada 2018, MOH bersama Kolej Oftalmologi membangunkan garis panduan untuk membantu para doktor menilai sama ada prosedur-prosedur tersebut sesuai dari segi perubatan.
Dalam satu kes, seorang doktor oftalmologi menandatangani satu penilaian bahawa terdapat halangan penglihatan yang menimbulkan keperluan pembedahan kelopak mata atas.
“Namun, apabila panel meneliti kes tersebut, ia mendapati ukuran yang diperakui tidak sepadan dengan dokumentasi daripada gambar-gambar klinikal,” kata MOH.
“Pesakit-pesakit ini kemudian menjalani pembedahan oleh seorang pakar bedah plastik yang mengemukakan tuntutan MediShield Hayat. Dalam erti kata lain, tuntutan untuk pembedahan yang tidak diperlukan untuk merawat keadaan perubatan telah dikemukakan.”
MOH sudah mengeluarkan surat pemberitahuan kepada doktor oftalmologi berkenaan mengenai keperluan untuk membuat pengesahan dengan betul selaras dengan garis panduan, selain memaklumkan pakar bedah plastik yang bertanggungjawab dalam memastikan tuntutan mematuhi peraturan untuk menghadiri latihan mandatori.
“MOH mengingatkan semua pakar oftalmologi bahawa pengesahan tidak wajar yang membawa kepada tuntutan yang tidak mematuhi garis panduan boleh dinilai sebagai ketidakpatuhan profesional dan boleh dirujuk kepada Majlis Perubatan Singapura jika perlu,” kata kementerian itu.
“Pada masa yang sama, pakar bedah utama yang menjalankan prosedur dan mengemukakan tuntutan MediShield Hayat bertanggungjawab memastikan tuntutan tersebut mematuhi keperluan MOH dan semua dokumentasi sokongan memenuhi garis panduan sebelum dikemukakan.”
TADBIR URUS TUNTUTAN
Menurut MOH, sejak Pejabat Pengurusan Tuntutan (CMO) ditubuhkan pada 2022, ia sudah menilai sebanyak 130 tuntutan MediShield Hayat melibatkan 44 doktor daripada 10 bidang kepakaran. Tindakan penguatkuasaan diambil terhadap pengamal perubatan yang mengemukakan tuntutan yang tidak mematuhi peraturan.
Kementerian itu turut mengeluarkan empat set Peraturan Tuntutan – endoskopi gastrointestinal; telinga, hidung dan tekak; kardiologi; dan urologi – untuk membimbing para karyawan jagaan kesihatan mengenai amalan tuntutan yang sesuai.
Usaha-usaha tersebut membawa kepada penambahbaikan pada corak tuntutan, khususnya bagi sektor swasta. MOH menyatakan jumlah tuntutan dengan padanan kod pembedahan yang tidak sesuai merosot sebanyak 55 peratus dari 2022 hingga 2024.
Menteri Kesihatan Ong Ye Kung turut menekankan peningkatan tersebut dalam satu catatan di Facebook pada Khamis, sambil menambah: “Intervensi kami membuahkan hasil.”
Beliau berkata tuntutan tidak wajar menyumbang kepada kenaikan bil hospital swasta tetapi ia “bukan faktor utama”.
Isu lebih besar, menurutnya, berpunca daripada struktur insurans yang memerlukan penyelarasan antara para pengawal selia, syarikat insurans, doktor dan pesakit “bagi mengawal peningkatan bil hospital dan premium insurans swasta”.
MOH menegaskan bahawa ia memandang serius terhadap penyedia jagaan kesihatan yang membuat tuntutan kewangan yang tidak wajar atau salah dan akan terus mengambil tindakan tegas terhadap amalan yang tidak mematuhi peraturan.
Kementerian itu juga mengingatkan para karyawan jagaan kesihatan supaya memastikan semua rawatan, perkhidmatan dan prosedur sesuai dari segi klinikal, dan membiasakan diri dengan garis panduan serta surat pekeliling MOH yang sedia ada.

Sumber : CNA/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.