MOH akan utamakan permintaan pelanggan supaya Cordlife perbetulkan kelemahan
Kementerian Kesihatan (MOH) menyatakan keutamaan penyeliaannya adalah untuk meneliti permintaan para pelanggan Cordlife supaya bank darah tali pusat itu dapat memperbetulkan kelemahannya.
(Gambar: CNA)
Ia sedang membantu para pelanggan yang ingin memindahkan darah tali pusat anak-anak mereka ke penyedia khidmat yang lain, walaupun ia disarankan supaya mereka menunggu sehingga siasatan selesai dijalankan dalam beberapa minggu akan datang.
Memindahkan darah tali pusat pada suhu yang sangat rendah merupakan tugas yang rumit.
Pada lewat November lalu, MOH menyatakan tujuh tangki Cordlife yang digunakan untuk menyimpan unit darah terdedah kepada suhu melebihi had yang dibenarkan.
Buat masa ini, MOH menjalankan pemeriksaan terhadap bank darah tali pusat setiap dua tahun dan mungkin melakukan pemeriksaan tambahan jika terdapat sebarang keprihatinan atau disyaki kelemahan pada piawaian.
"MOH akan menyemak keperluan peraturan di bawah HCSA, dan peraturan khidmat bank darah tali pusat khidmat jagaan kesihatan, termasuk kekerapan melakukan pemeriksaan dan aspek-aspek pemeriksaan yang lain serta keperluan pemantauan dan laporan.
"Namun, dalam menyemak keperluan itu, kita juga perlu ingat supaya tidak menokok kos tambahan yang tidak perlu dan menimbulkan beban terhadap pematuhan peraturan. Justeru kita perlu mengambil pendekatan berdasarkan risiko," kata Menteri Negara Kanan bagi Kesihatan, Dr Janil Puthucheary.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.