Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

MOH akan semak sokongan bagi pesakit muda barah yang ingin dapatkan rawatan kesuburan

Kementerian Kesihatan (MOH) akan menyemak sokongan bagi pesakit muda barah muda yang ingin memanfaatkan rawatan kesuburan di bawah Skim MediShield.

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) akan menyemak sokongan bagi pesakit muda barah muda yang ingin memanfaatkan rawatan kesuburan di bawah Skim MediShield.

Ini berlaku selepas ia menerima saranan dari Majlis MediShield Hayat untuk menawarkan liputan lebih meluas dan lebih perlindungan bagi menampung bil perubatan yang tinggi.

Menteri Negara bagi Kesihatan Rahayu Mahzam menjawab soalan di Parlimen mengenai kemampuan rawatan sedemikian.

Cik Rahayu berkata pelan insurans asas menyasarkan untuk menampung bil perubatan bagi rawatan tertentu berkos tinggi seperti rawatan dialisis buah pinggang di hospital-hospital awam.

Namun, para pesakit juga boleh mendapatkan bantuan bagi rawatan kesuburan.

"Mereka boleh mendapatkan sokongan pembiayaan bersama pemerintah dan menggunakan MediSave untuk membayar rawatan mereka.

"Kami akan meneliti keperluan melanjutkan sokongan bagi pesakit sedemikian, berasingan daripada semakan MediShield Hayat 2024.

"Sambil mengambil kira bahawa mungkin ada rawatan perubatan yang wajar bagi keadaan lain selain daripada barah yang boleh menjejas kesuburan," kata Cik Rahayu.
Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan