Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

MOH akan manfaatkan idea baru bagi perkukuh rawatan cegah kencing manis

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 13 Nov 2022 07:21PM Dikemas Kini : 13 Nov 2022 09:04PM
SINGAPURA: Menteri Kesihatan Ong Ye Kung berkata, pihaknya akan memanfaatkan idea-idea baru bagi mengukuhkan rawatan pencegahan serta memperluaskannya ke seluruh negara di bawah pelan SG Lebih Sihat.

Berucap di acara anjuran Persatuan Diabetes Singapore, Encik Ong berkata, Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) sedang melakukan penilaian ke atas saranan-saranan dari sektor privet.

"Kami benar-benar berharap, dari pelbagai saranan itu, terdapat idea yang boleh dirintis, namun kali ini, untuk diperluas menjadi program kebangsaan dan SG Lebih Sihat akan membolehkan kita lakukan demikian," ujar Encik Ong.

Encik Ong juga menarik perhatian bahawa terdapat dorongan serta keinginan yang kuat untuk menerima sebilangan program, bahkan memperluaskannya ke peringkat kebangsaan bagi rawatan pencegahan.

Tambah Encik Ong, usaha pemerintah membanteras kencing manis sudahpun berjaya mengawal jumlah kes daripada melonjak, namun masih banyak yang perlu dilakukan agar jumlahnya merosot.

Acara tersebut dianjurkan sempena Hari Kencing Manis Sedunia pada Isnin (14 Nov).

Para rakan kongsi dari sektor awam dan swasta mempamerkan usaha mereka untuk mengekang penyakit itu.

Antara yang dipamerkan adalah maklumat tentang pilihan makanan yang lebih sihat dan stesen untuk memeriksa kadar gula di dalam darah.

Pengiktirafan turut diberi kepada yang sudah menyumbang kepada rawatan kencing manis, serta mereka yang berdaya tahan terhadap penyakit tersebut.
Sumber : CNA/IQ/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan