MOF tolak rayuan Thum Ping Tjin untuk daftar syarikat atas kepentingan negara
Rayuan Dr Thum Ping Tjin untuk mendaftarkan sebuah syarikat di sini ditolak.
Ahli sejarah, Dr Thum Ping Tjin, semasa perbincangan awam pada Mac 2018.
SINGAPURA: Rayuan Dr Thum Ping Tjin untuk mendaftarkan sebuah syarikat di sini ditolak.
Dalam satu kenyataan media hari ini, Menteri Kewangan menyatakan adalah "wajar dan betul" bagi Pendaftar Syarikat-Syarikat untuk menolak permohonan asalnya pada bulan April lalu.
Ini kerana syarikat yang ingin didaftarkan itu bercanggah dengan kepentingan negara kerana bersifat politik dan dibiayai entiti-entiti luar negara, yang boleh mempengaruhi politik dalam negara.
Menurut Kementerian Kewangan (MOF), selepas rayuan diserahkan pada 9 Mei, Dr Thum tidak mempertikaikan bahawa syarikat itu bertujuan politik dan akan menerima dana daripada pihak dan entiti asing.
Kenyataan yang dikeluarkan MOF juga menarik perhatian bahawa syarikat induk OSEA, UK sudah menerima geran AS$75,000 (S$102,000) daripada Open Society Foundation.
Geran yang sama membiayai laman politik New Naratif.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.