MOE timbang model dapur pusat untuk tangani isu gerai kosong di kantin sekolah
Kementerian Pendidikan (MOE) sedang membincangkan model operasi kantin berbeza dengan sekolah-sekolah yang berdepan cabaran mencari pegerai untuk mengisi gerai-gerai yang kosong.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Kementerian Pendidikan (MOE) sedang membincangkan model operasi kantin berbeza dengan sekolah-sekolah yang berdepan cabaran mencari pegerai untuk mengisi gerai-gerai yang kosong.
Mengisi gerai-gerai kosong mungkin menjadi lebih mencabar pada masa akan datang apabila lebih ramai pegerai bersara, kata Menteri Pendidikan Chan Chun Sing kepada Parlimen pada Selasa (12 Nov).
"Dalam menjangkakan cabaran-cabaran sebegini, MOE sedang berbincang dengan sekolah-sekolah yang berminat dan bersedia untuk menggunakan model operasi kantin yang berbeza," kata Encik Chan.
Salah satu model sedemikian adalah untuk makanan ditempah dan disediakan di dapur pusat sebelum dihantar ke sekolah.
Encik Chan berkata model dapur pusat telah dirintis di Sekolah Menengah Yusof Ishak dan "terbukti berkesan".
Tambahnya, sekiranya pegerai sedia ada terjejas akibat peralihan tersebut, pihak sekolah akan membantu dengan merujuk mereka ke sekolah berhampiran atau menyarankan mereka untuk diambil bekerja oleh pengendali dapur pusat.
Firma-firma khidmat makanan dengan dapur pusat yang kini menyediakan khidmat kepada kantin sekolah termasuk SATS dan Select Group.
Encik Chan berkata demikian semasa menjawab soalan mengenai kantin sekolah oleh Anggota Parlimen (AP) Louis Chua (WP-Sengkang), He Ting Ru (WP-Sengkang) dan Yip Hon Weng (PAP-Yio Chu Kang).
Mereka bertanya tentang peningkatan kos yang dihadapi oleh peniaga kantin sekolah dan nilai khasiat makanan yang disediakan di sekolah.
Para pegerai kantin mesti menyediakan makanan yang mematuhi garis panduan pemakanan Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB). MOE kerap menyemak garis panduan harga makanan kantin sekolah supaya gerai-gerai boleh terus menyediakan makanan yang sihat dan pada harga yang berpatutan, kata Encik Chan.
Para pemilik gerai dikenakan sewa antara S$5 dan S$15 sebulan, yang dikecualikan semasa cuti sekolah.
Pengusaha kantin sebelum ini memberitahu Mediacorp bahawa mereka bergelut dengan kos, kerana inflasi harga, waktu operasi terhad dan pembelajaran di rumah menjadikannya sukar untuk mengekalkan pendapatan yang stabil.
Encik Chua bertanya sama ada MOE akan mengkaji semula model kantin sedia ada dan meningkatkan model dapur pusat kepada lebih banyak sekolah setelah mengambil kira keprihatinan terhadap kemampanan kewangan.
"Mengenai skala dan betapa pantas model itu boleh dipertingkatkan, ia akan sangat bergantung kepada keadaan pelbagai sekolah juga," jawab Encik Chan.
"Sekolah yang berbeza mempunyai keperluan yang berbeza, dan kami akan membuat penyesuaian mengikut keperluan sekolah yang berbeza."

Sumber : CNA/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.