Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

MOE teroka laluan kerjaya lebih fleksibel untuk kekalkan tenaga pengajar

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 27 Apr 2024 06:49PM Dikemas Kini : 27 Apr 2024 10:00PM
SINGAPURA: Kementerian Pendidikan (MOE) sedang meneroka laluan kerjaya lebih fleksibel untuk menarik serta mengekalkan tenaga pengajar.

Dalam satu wawancara khas bersama Mediacorp, Menteri Pendidikan Chan Chun Sing akur bahawa terdapat beberapa cabaran yang menghambat.

Ditanyakan sama ada guru-guru boleh meraih manfaat aturan kerja fleksibel yang kini semakin digalakkan, berikut penjelasan Encik Chan.

"Tentu sekali apabila kami mengendalikan sekolah-sekolah, aturan fleksibel cukup terhad kerana sekolah mempunyai rentak tertentu. Kemudian, ibu bapa juga punya jangkaan terhadap rentak tertentu sekolah (anak-anak) mereka. Jadi di bahagian tertentu, akan terdapat aturan kerja yang lebih fleksibel.

"Contohnya, sesetengah guru-guru, mereka mungkin punya tugas jagaan bila menjejaki peringkat kehidupan yang berbeza. Jadi kami akan cuba lihat bagaimana boleh kekalkan khidmat mereka tanpa mereka perlu berhenti kerja. Mereka mungkin boleh pikul beban tugas yang berbeza dari segi jumlah kerja untuk bahagian tertentu dan tahap tertentu kehidupan dan kemudian kembali bergabung dengan kami," tambahnya.

Mengenai dasar di mana seorang Ketua Jabatan diperlukan untuk bertukar sekolah setiap lapan tahun, Encik Chan mengatakan ia bertujuan membantu pengembangan para guru dan bagi sekolah-sekolah meraih manfaat adanya kepelbagaian guru.
Sumber : CNA/IA/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan