Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

MOE tawar pilihan pengangkutan untuk permudahkan vaksinasi murid sekolah rendah

Kementerian Pendidikan (MOE) tidak lama lagi akan menawarkan pilihan pengangkutan bagi memudahkan murid-murid sekolah rendah untuk mendapatkan vaksinasi.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Kementerian Pendidikan (MOE) tidak lama lagi akan menawarkan pilihan pengangkutan bagi memudahkan murid-murid sekolah rendah untuk mendapatkan vaksinasi.

Mulai permulaan Penggal Kedua, atau selepas cuti sekolah bulan Mac, murid-murid bawah usia 12 tahun boleh dibawa menaiki bas dari sekolah masing-masing ke pusat vaksinasi pediatrik bagi mendapatkan vaksin COVID-19 mereka.

Murid-murid itu harus layak dari segi perubatan dan bersedia untuk mendapatkan vaksinasi tanpa perlu ditemani ibu bapa mereka.

Para ibu bapa atau waris yang berminat boleh memilih aturan itu di bawah program vaksinasi yang dipermudahkan oleh sekolah.

Butiran pendaftaran akan disediakan menerusi Gerbang Ibu Bapa pada Jumaat ini (18 Feb).

Mereka yang ingin anak-anak mereka divaksin sebelum Penggal Kedua boleh sama ada mengunjungi mana-mana pusat vaksinasi pediatrik dari Isnin hingga Khamis sebelum pukul 7.00 malam, tanpa perlu membuat janji temu terlebih dahulu, atau membuat janji temu menerusi Sistem Janji Temu Nasional Kementerian Kesihatan (NAS).

PERKEMBANGAN VAKSINASI

Sekitar 213,000 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun sudah mendapatkan sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19 setakat 13 Februari, menurut MOE. Lebih 12,000 kanak-kanak sudahpun mendapatkan dos kedua.

Sekitar 79 peratus murid sudah mendaftarkan diri, dengan 75 peratus daripada mereka sudahpun menerima sekurang-kurangnya dos pertama.

"Kami kini mengikut jadual untuk mendapatkan lebih 70 peratus murid sekolah rendah menerima kedua-dua dos vaksin COVID-19 menjelang akhir Februari 2022," menurut MOE.

MOE menyatakan 23,500 kanak-kanak prasekolah sudah berdaftar dengan NAS dan hampir 18,000 sudahpun menerima sekurang-kurangnya dos pertama mereka.

Lebih 26,500 kanak-kanak juga sudah menerima vaksin COVID-19 di bawah aturan tanpa memerlukan janji temu, menurutnya.

"Kami sangat menggalakkan ibu bapa/waris supaya memastikan anak-anak/kanak-kanak jagaan mereka divaksin awal di tengah-tengah lonjakan kes Omicron. Ini akan mengurangkan peluang mereka dijangkiti COVID-19 dan mencegah mereka daripada jatuh sakit teruk seandainya mereka dijangkiti.

"Kadar vaksinasi yang tinggi juga akan membolehkan kita untuk menyambung semula lebih banyak kegiatan sekolah secara selamat dan teratur, yang merupakan kunci kepada pembangunan holistik para pelajar kita," menurut MOE.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan