MOE tawar lebih banyak kursus kemampanan di institut pengajian tinggi
SINGAPURA: Institut Pengajian Tinggi bakal menawarkan lebih banyak kursus kemampanan serta mengukuhkan hubungan dengan industri.
Kursus ini bertujuan untuk menyediakan para lulusan bagi ekonomi mesra alam yang semakin berkembang pesat.
Ini sedang Kementerian Pendidikan (MOE) terus memupuk generasi pemimpin sekitaran seterusnya.
Salah satu cara adalah, bekerjasama dengan syarikat-syarikat tempatan untuk menghasilkan huraian inovatif demi mengurangkan pengeluaran gas karbon dan mencapai sasaran kemampanan.
Universiti-universiti juga boleh memanfaatkan keupayaan penyelidikan seperti makmal yang berupaya menyokong kajian kebangsaan dan usaha membangunkan bakat.
Tawaran kursus khas juga akan diperbaharui supaya dapat memastikan rakyat muda Singapura dilengkapi dengan kemahiran yang diperlukan dalam sektor hijau.
Bagi para pekerja dalam industri yang sedang melalui peralihan agar lebih mesra alam, mereka boleh menjalani lebih banyak kursus Pendidikan dan Latihan Berterusan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.