MOE tamatkan kontrak Mobile Guardian susuli insiden keselamatan siber
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Kementerian Pendidikan (MOE) menamatkan kontraknya dengan aplikasi pengurusan peranti Mobile Guardian, yang mengalami dua insiden keselamatan siber secara besar-besaran pada awal tahun ini, menurut sumber dalam kementerian itu kepada Mediacorp.
MOE sedang meneliti pilihan-pilihan lain, tambah sumber itu.
Dalam responsnya kepada pertanyaan Mediacorp, MOE turut mendedahkan bahawa perkara tersebut akan ditangani minggu ini. Mobile Guardian belum lagi menjawab pertanyaan Mediacorp.
Insiden terbaharu yang berlaku pada 4 Ogos telah menjejaskan kira-kira 13,000 pengguna dari 26 sekolah menengah di Singapura.
Peranti pembelajaran peribadi pelajar telah diganggu oleh para penggodam dan para pelajar tidak dapat mengakses aplikasi dan maklumat yang disimpan di dalam peranti masing-masing, termasuk nota pelajaran dan kertas latihan.
Ketika itu, ramai daripada mereka bimbang tentang kehilangan akses kepada nota mereka, dengan peperiksaan semakin hampir.
Sehari selepas kejadian itu, MOE menyatakan bahawa ia akan memadamkan aplikasi Mobile Guardian daripada semua iPad dan Chromebook pelajar sebagai langkah berjaga-jaga.
Memandangkan aplikasi itu membolehkan ibu bapa untuk mengurus penggunaan peranti pelajar dengan menghadkan aplikasi atau laman web serta tempoh menggunakan peranti sedemikian,
panduan telah dikeluarkan kepada ibu bapa bagi memperincikan cara-cara bagaimana ibu bapa boleh berbuat demikian walaupun tanpa menggunakan aplikasi tersebut.
ISU AKAN DIBANGKITKAN DI PARLIMEN
Insiden pada Ogos berlaku selepas kebocoran data secara besar-besaran pada April, di mana maklumat ibu bapa dan kakitangan dari 127 sekolah terjejas akibat insiden tersebut.
Insiden keselamatan siber Mobile Guardian akan menjadi antara topik yang akan dibangkitkan apabila Parlimen bersidang hari ini (9 Sep).
Lapan Anggota Parlimen memfailkan beberapa soalan meminta maklumat terkini mengenai siasatan yang dijalankan.
Sebagai contoh, AP Patrick Tay (PAP-Pioneer) meminta butiran daripada MOE tentang apa yang telah dilakukan oleh kementerian tersebut untuk membantu pelajar yang kehilangan nota pelajaran mereka.
AP Lim Wee Kiak (PAP-Sembawang) bertanya sama ada "sokongan bersasar" ditawarkan kepada pelajar terjejas yang mengalami kesulitan, terutama sekali mereka yang mempunyai masalah kesihatan mental sedia ada.
Cik Sheena Kasturi, yang anaknya di Menengah 1 menggunakan Mobile Guardian setiap hari sebagai sebahagian daripada kurikulum sekolahnya, berkata: "Apabila isu itu timbul, iPad sama sekali tidak boleh digunakan di sekolah jadi dia tidak boleh log masuk. Dia tidak dapat melakukan apa sahaja pada iPadnya," katanya.
Dengan bantuan daripada jabatan IT sekolah, remaja itu berjaya menyimpan nota yang ditulisnya pada pemacu jari (thumb drive).
Walaupun sekolah menghentikan sementara pembelajaran melalui peranti, ia akhirnya memberikan anak Cik Sheena iPad yang tidak mempunyai aplikasi tersebut, katanya.
Tidak ada gangguan pada kurikulum, katanya.
"Pihak sekolah memang ada melakukan pemeriksaan susulan dengan ibu bapa ... mengingatkan kami bahawa kejadian ini sudah berlaku, (dan bahawa) Mobile Guardian akan dipadamkan 'jadi sila pantau masa skrin anak anda, aktiviti, laman web yang mereka lungsuri', "katanya.
PELAJAR MENGGUNAKAN APLIKASI LAIN
Seorang guru dari sekolah yang terjejas memberitahu Mediacorp dengan syarat namanya tidak didedahkan bahawa ramai pelajar mengalami kehilangan nota pada peranti mereka.
Guru itu berkata pihak sekolah tidak bercadang untuk mencari pengganti Mobile Guardian. Mediacorp difahamkan bahawa sesetengah pelajar sedang menggunakan aplikasi pihak ketiga seperti Goodnotes untuk mencatat nota dan menyalinnya dengan kerap.
Para pakar sebelum ini berkata agensi-agensi pemerintah berkemungkinan sudah melakukan usaha wajar yang diperlukan sebelum memutuskan untuk menandatangani kontrak dengan Mobile Guardian.
Cik Sheena berkata beliau percaya MOE akan mencari pilihan yang lebih selamat dan diyakini untuk para pelajar.
Bagaimanapun, beliau menambah bahawa ibu bapa perlu memainkan peranan dalam memantau penggunaan peranti anak-anak mereka.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.