MOE rancang ambil lebih 1,000 guru baharu setiap tahun
Anggaran Waktu Membaca:
Para pelajar mengikuti kelas di sebuah bilik darjah di Singapura. (Gambar fail: CNA/Raj Nadarajan)
SINGAPURA: Singapura mahu mengambil lebih 1,000 guru baharu setiap tahun dalam tempoh beberapa tahun akan datang, berbanding 700 guru setahun sebelum ini.
Ini dalam usaha mengembangkan tenaga pengajar yang komited dan berkualiti tinggi.
Menteri Pendidikan Desmond Lee mengumumkan demikian semasa majlis pentauliahan guru pada Rabu (9 Jul).
Data MOE menunjukkan jumlah guru terus-menerus merosot sejak 2016.
Dalam bilik darjah kini, para guru perlu melakukan lebih daripada sekadar mengajar.
Mereka mengemudi perubahan besar dalam dunia sekeliling - daripada kecerdasan buatan dan perubahan iklim,kepada pengaruh media sosial yang semakin meningkat.
Lantas, Encik Lee berkata, tidak cukup untuk sistem pendidikan Singapura sekadar mengikuti perkembangan semasa.
Guru-guru malah perlu membantu generasi akan datang agar bersedia menghadapi masa depan.
"Di sekolah-sekolah kita, kami lengkapkan mereka dengan kecekapan digital, mengajar mereka menggunakan AI secara berkesan dan bertanggungjawab.
"Selepas tamat sekolah, kami sokong mereka dalam memperoleh kemahiran baharu untuk kekal relevan melalui gerakan SkillsFuture.
"Namun di luar kemahiran teknikal, kami juga mesti memupuk apa yang unik bagi insan. Ini termasuk nilai baik hati, empati dan keupayaan kita untuk membuat pertimbangan moral yang tidak dapat ditiru AI," kata Encik Lee.
Untuk memperkukuh kerjaya perguruan, MOE sedang mengembangkan lagi sektor itu.
Jumlah guru berkurangan hampir 3,000 dari 2016 hingga 2023.
Sebaliknya, bilangan pelajar di sekolah meningkat secara berterusan.
Pada 2022, sekitar 660,000 pelajar mendaftarkan diri di pelbagai institusi pendidikan.
Jumlah itu meningkat kepada lebih 664,000 pada 2023.
Para guru baharu turut menyokong langkah MOE menambah guru kerana ia boleh meringankan beban kerja.
Ia sekali gus memberi mereka masa untuk berkembang dalam kerjaya mereka serta masa untuk membangunkan para pelajar.

Sumber : CNA/IQ/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.