Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

MOE, rakan industri, IHL kerjasama capai meritokrasi berdasarkan kemahiran

Anggaran Waktu Membaca:
MOE, rakan industri, IHL kerjasama capai meritokrasi berdasarkan kemahiran

Bangunan Kementerian Pendidikan di Singapura. (Gambar: Alvin Chong)

SINGAPURA: Kementerian Pendidikan (MOE) sedang bekerjasama dengan rakan-rakan industri dan Institut Pengajian Tinggi (IHL) untuk bukan setakat mengejar gred, tetapi mencapai meritokrasi berdasarkan kemahiran.

Menteri Pendidikan Chan Chun Sing berkata peralihan tersebut penting sedang Singapura terus mengembangkan golongan atasan sambil meningkatkan golongan kurang bernasib baik.

Ini lebih-lebih lagi di tengah-tengah perubahan teknologi yang pantas.

Para penuntut Universiti Pengurusan Singapura (SMU), tidak lama lagi akan menerima bukan satu, tetapi dua transkrip.

Satu transkrip rasmi akademik dan satu lagi transkrip ko-kurikular, iaitu yang pertama dari sebuah institut pengajian tinggi negara ini.

Ia mencatat kemahiran yang para pelajar raih daripada aktiviti ko-kurikular mereka.

Lebih banyak perincian akan didedahkan apabila inisiatif itu dilancarkan bulan depan.

Sementara itu, industri tempatan juga sedang bersiap sedia untuk bergerak ke arah pengambilan pekerja berdasarkan kemahiran.

LinkedIn misalnya sedang menghasilkan senarai kemahiran khusus bagi keperluan ekonomi Singapura, untuk dapat memadankan tawaran dan permintaan pekerjaan dengan lebih baik lagi.

Berucap di sebuah forum awal dari itu, Menteri Pendidikan Chan Chun Sing berkata betapa usaha-usaha sebegini penting kerana ia membantu membentuk pasukan dengan pelbagai kemahiran.

Ia mampu mengembangkan sesebuah organisasi ke peringkat yang lebih tinggi.

"Kami mesti berusaha lebih gigih lagi untuk mencari bakat di luar profil akademik tradisional, termasuk karyawan-karyawan dalam bidang lain yang mahir dalam pengurusan pihak berkepentingan, dan boleh menjadi perhubungan kepada industri-industri tempatan dan juga antarabangsa," kata Encik Chan.

Untuk melakukannya, Encik Chan menekankan peri pentingnya mengubah cara pemikiran supaya Singapura kekal relevan kepada masyarakat dunia.
Sumber : CNA/IA/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan