Skip to main content

Singapura

MOE perluas laluan posmenengah, adakan lebih banyak peluang bagi penuntut ITE

MOE juga akan memperluas pembelajaran silang bidang dan memperkenalkan program-program baru yang relevan dengan industri di institusi-institusi pendidikan tinggi (IHL).

Anggaran Waktu Membaca:
MOE perluas laluan posmenengah, adakan lebih banyak peluang bagi penuntut ITE

(Gambar: Dr Maliki Osman/Facebook)

Diterbitkan : 26 Aug 2020 09:01PM Dikemas Kini : 26 Aug 2020 10:40PM

SINGAPURA: Kementerian Pendidikan (MOE) akan memperluas laluan pembelajaran bagi peringkat selepas sekolah menengah serta memberikan lebih banyak peluang untuk para lulusan Institut Pendidikan Teknikal (ITE) mempertingkat diri menjangkaui kelayakan NITEC.

MOE juga akan memperluas pembelajaran silang bidang dan memperkenalkan program-program baru yang relevan dengan industri di institusi-institusi pendidikan tinggi (IHL).

Ini bagi mempersiap para lulusan untuk menjejakkan kaki ke alam pekerjaan.

Demikian menurut perkongsian Menteri Kedua Pendidikan (MOE), Dr Mohamad Maliki Osman dalam catatan di laman Facebook beliau hari ini (26 Ogos).

Related article image
Kolej Barat ITE. (Gambar: Google Street View)

Kolej Barat ITE. (Gambar: Google Street View)

Beliau berkongsi perkembangan itu menyusuli ucapan pembukaan Presiden Halimah Yacob di Parlimen semalam (25 Ogos), bahawa negara sedang memasuki era tidak menentu dan berlaku pelbagai gangguan terhadap kehidupan masyarakat.

Lantaran itu, masyarakat akan memerlukan lebih banyak sokongan sosial berbanding sebelum ini dan Pemerintah akan melakukan lebih banyak lagi dari setiap peringkat kehidupan.

Dr Maliki berkata, ini termasuk dari aspek pendidikan.

Related article image
(Gambar: Facebook/ Desmond Lee)

(Gambar: Facebook/ Desmond Lee)

Selain peluasan laluan pendidikan dan pengenalan pelbagai program baru untuk para penuntut di institusi peringkat tinggi itu, Dr Maliki juga berkongsi perancangan MOE bagi para pelajar dari peringkat prasekolah.

"Kami akan menggandakan usaha untuk memastikan tiada pelajar yang ketinggalan - seperti mempertingkat akses kepada pendidikan prasekolah yang bermutu dan boleh dimampui, dan memperdalam kerjasama antara sekolah dan masyarakat untuk menyediakan sokongan menyeluruh bagi para pelajar kurang bernasib baik dan keluarga mereka menerusi #UPLIFT," kata Dr Maliki.

Dr Maliki menambah, MOE juga akan menyediakan peluang-peluang agar setiap individu dapat memenuhi potensi penuh mereka.

"Kami akan mendakap spektrum lebih luas kemahiran dan bakat, dan tidak hanya menumpukan kepada pencapaian akademik menerusi pelbagai laluan dalam sistem pendidikan kita bagi memenuhi kekuatan dan keupayaan rencam para pelajar," menurut Dr Maliki.

Menurut Dr Maliki lagi, MOE akan "terus mempertingkat warga kita dan memperluas peluang untuk maju" sebagai sebahagian daripada usaha menyeluruh untuk membangunkan sebuah masyarakat yang adil dan saksama. 

Sumber : BERITA Mediacorp/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita