Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

MOE perkenal sukatan baru di 20 sekolah SPED mulai Jan 2023

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Kementerian Pendidikan (MOE) akan melaksanakan Sukatan Pembelajaran dan Pendidikan Vokasional di 20 Sekolah Pendidikan Khas (SPED) mulai Januari tahun depan.

Ini bagi membolehkan para graduan SPED bersedia dengan lebih baik untuk sumbangan kerja yang bermakna.

Demikian diumumkan Menteri Kedua Pendidikan Dr Mohd Maliki Osman pada Rabu (27 Jul). 

Sukatan baru itu dibangunkan berdasarkan Rangka Kerja Pendidikan Vokasional yang diperkenalkan pada 2010. 

Dr Maliki berkata sukatan baru itu akan mengamalkan konsep kerja yang lebih luas dan inklusif untuk mengiktiraf kepelbagaian laluan kerjaya bagi para graduan SPED.

Ini termasuk pekerjaan khusus, khidmat relawan, bekerja dari rumah serta bekerja sendiri.

Beliau menambah sukatan baru itu akan menekankan pengajaran kemahiran dalam sekitaran yang tulen.

Sumber : CNA/RU/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan