MOE padam aplikasi Mobile Guardian dari peranti pelajar susuli insiden godam
Anggaran Waktu Membaca:
Bangunan Kementerian Pendidikan (MOE) (Gambar: Alvin Chong)
SINGAPURA: Menyusuli insiden penggodaman yang menyebabkan peranti sekitar 13,000 pelajar sekolah menengah diceroboh dari jauh, Kementerian Pendidikan (MOE) akan memadamkan aplikasi Mobile Guardian daripada semua peranti para pelajar.
Dalam satu kenyataan media pada Isnin (5 Ogos), MOE menyatakan pihaknya dimaklumkan oleh sekolah-sekolah pada Ahad malam (4 Ogos) bahawa sesetengah pelajar yang menggunakan iPad atau Chromebook sebagai peranti pembelajaran peribadi tidak boleh mengakses aplikasi mereka serta maklumat yang ada di dalamnya.
Mobile Guardian adalah aplikasi pengurusan peranti yang dimuatnaik ke peranti pembelajaran peribadi yang digunakan para pelajar.
Aplikasi itu membolehkan ibu bapa mengurus penggunaan peranti pelajar dengan menyekat aplikasi atau laman tertentu serta waktu menggunakan peranti tersebut.
"MOE segera menyuarakan keprihatinan kami dengan syarikat pengurusan peranti mudah alih Mobile Guardian," menurut kementerian itu.

Menurut MOE menerusi siasatan Mobile Guardian, ia mendapati berlaku "insiden keselamatan sider global" melibatkan akses tidak sah ke atas platformnya. Ini menjejas para pelanggannya, termasuk di Singapura.
Siasatan awal menunjukkan peranti milik sekitar 13,000 pelajar dari 26 sekolah menegah di Singapura terjejas oleh penggodaman tersebut.
Menurut MOE lagi, buat masa ini tiada bukti menunjukkan bahawa penggodam itu sudah mengakses fail-fail pengguna.
"Sebagai langkah berjaga-jaga, MOE akan memadamkan Aplikasi Pengurusan Peranti Mobile Guardian daripada semua iPad dan Chromebook," menurut MOE.
"Usaha-usaha sedang dijalankan untuk dengan selamat memulihkan peranti-peranti itu kepada penggunaan seperti biasa. MOE sedang mempertimbangkan langkah-langkah mitigasi lain untuk mengawal penggunaan peranti untuk menyokong pembelajaran dalam tempoh ini."
Pada Ahad, MOE menarik perhatian dengan menyatakan insiden itu tiada kaitan dengan isu-isu teknikal yang dihadapi para pelajar pada hujung bulan Julai disebabkan kesilapan manusia pada tatarajah oleh Mobile Guardian.
"Kami memahami bahawa para pelajar bimbang dan gusar tentang insiden itu," menurut MOE.
"MOE sedang bekerjasama dengan sekolah-sekolah untuk menyokong pelajar yang terjejas, termasuk mengerahkan pasukan IT bergerak tambahan ke sekolah-sekolah dan menyediakan sumber-sumber pembelajaran tambahan."
Insiden itu berlaku menyusuli satu insiden serupa pada April, apabila maklumat peribadi ibu bapa dan kakitangan dari 127 sekolah diakses menerusi Mobile Guardian dalam satu pelanggaran keselamatan data.

Sumber : CNA/NK/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.