MOE naikkan subsidi pelajar di bawah skim bantuan kewangan mulai 1 Jan 2023

(Gambar: Raj Nadarajan/TODAY)
Dalam satu kenyataan pada Rabu (24 Ogos), MOE menyatakan bahawa kira-kira 44,000 pelajar akan mendapat manfaat daripada subsidi yang dipertingkatkan itu.
Skim Bantuan Kewangan (FAS) MOE itu akan menampung sepenuhnya kos sekolah, yuran standard bagi pelbagai guna, buku teks dan seragam sekolah serta memberikan subsidi untuk makanan dan pengangkutan buat para pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah.
Buat para pelajar prauniversiti, skim itu akan menampung sepenuhnya yuran sekolah, yuran standard bagi pelbagai guna serta memberikan dermasiswa tunai dan subsidi pengangkutan.
Berikut adalah ringkasan subsidi yang dipertingkat:

PELARASAN HARGA TAMBANG BAS
Had untuk tambang bas sekolah di bawah kontrak sedia ada antara sekolah dengan pengendali bas akan dibenarkan untuk naik tujuh peratus dalam sekali sahaja kenaikan, menurut MOE.
Kenaikan kos bahan api dan tenaga kerja sejak beberapa bulan kebelakangan ini membuatkan ia lebih sukar untuk pengendali bas sekolah mengekalkan operasi mereka pada had harga yang ditetapkan sebelum kenaikan harga bahan api, menurut MOE.
Semakan tambang bas akan dimaklumkan oleh pengendali bas kepada ibu bapa atau penjaga para pelajar yang menggunakan khidmat bas sekolah mulai bulan depan.
"Para pelajar yang memerlukan bantuan kewangan juga akan menerima lebih banyak sokongan melalui penambahbaikan kepada skim bantuan kewangan MOE dan bantuan tambahan melalui skim bantuan kewangan berasaskan sekolah jika diperlukan," tambah MOE.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.