Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

MOE, MLLPC guna kaedah kreatif galak pelajar bertutur Bahasa Melayu di luar bilik darjah

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 01 Mar 2023 07:41PM Dikemas Kini : 02 Mar 2023 01:48PM

SINGAPURA: Perjuangan menyediakan asas Bahasa Melayu yang kukuh kepada para pelajar disentuh Kementerian Pendidikan (MOE) pada Rabu (1 Mac).

Menteri Kedua Pendidikan Dr Mohamad Maliki Osman berkata pihaknya menyediakan lebih banyak peluang kepada para pelajar untuk menggunakan Bahasa Melayu di luar lingkungan bilik darjah.

"Contohnya, Jawatankuasa Pembelajaran dan Penggalakan Penggunaan Bahasa Melayu (MLLPC) telah bekerjasama dengan Kumpulan Hidupan Liar Mandai (Mandai Wildlife Group) untuk melancarkan program Kembara Nusantara," kata Dr Maliki.

Tambah Dr Maliki, program tersebut menggalakkan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu untuk kanak-kanak prasekolah, ibu bapa dan guru mereka melalui kegiatan-kegiatan yang menyeronokkan di Taman Haiwan Singapura. Oleh itu, mereka belajar Bahasa Melayu apabila mereka mengunjungi Taman Haiwan Singapura. 

"Kami akan terus menyemak usaha-usaha kami untuk menjadikan pembelajaran Bahasa Melayu lebih autentik dengan menggunakan kaedah-kaedah yang kreatif supaya Bahasa Melayu terus hidup dalam jiwa para pelajar kita," ujar Dr Maliki.

Sumber : BERITA Mediacorp/AI/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan