Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

MOE lanjutkan subsidi tambahan yuran tadika kepada isi rumah dengan pendapatan sehingga S$6,000 sebulan

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 04 Mar 2024 08:29PM Dikemas Kini : 04 Mar 2024 08:54PM
SINGAPURA: Kementerian Pendidikan (MOE) akan meningkatkan usaha bagi membantu kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah mendapatkan permulaan yang lebih cerah.

Pada suku keempat, pihak MOE akan melanjutkan subsidi tambahan untuk yuran tadika kepada isi rumah dengan pendapatan sehingga $6,000 sebulan.

Isi rumah dengan pendapatan $3,000 ke bawah pula hanya perlu bayar yuran serendah $3 sebulan di Tadika MOE dan 'KCare'.

Menteri Kedua Pendidikan Dr Mohd Maliki Osman berkata: "Kita mempunyai visi untuk membangunkan sebuah Singapura yang inklusif di mana kita menerima dan menghargai sumbangan setiap warga Singapura.

"Lantas, kita harus meneruskan usaha untuk memenuhi keperluan pelajar yang pelbagai dan menyediakan lebih banyak laluan di mana potensi setiap pelajar dapat digilap sebaik mungkin."
 
Sumber : CNA/IQ/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan