Skip to main content

Singapura

MOE lancarkan sistem baru untuk pengumpulan dana di semua sekolah

Kementerian Pendidikan (MOE) akan melancarkan satu sistem pembayaran baru bagi semua sekolah di Singapura untuk menguruskan wang yang dikumpulkan daripada para pelajar.

Anggaran Waktu Membaca:
MOE lancarkan sistem baru untuk pengumpulan dana di semua sekolah

(Gambar fail: Ngau Kai Yan)

Diterbitkan : 24 Apr 2019 10:06PM Dikemas Kini : 24 Apr 2019 10:10PM

SINGAPURA: Kementerian Pendidikan (MOE) akan melancarkan satu sistem pembayaran baru bagi semua sekolah di Singapura untuk menguruskan wang yang dikumpulkan daripada para pelajar.

Ini menyusuli beberapa kes mahkamah melibatkan para kakitangan sekolah menyalahguna wang.

Encik Clarence Tang, pengarah divisyen MOE bagi kewangan dan pemerolehan mengesahkan dengan Mediacorp pada Rabu (24 Apr) bahawa sistem Pembayaran Sekolah yang baru akan disediakan di semua sekolah mulai tahun ini.

"Sistem Pembayaran Sekolah dihasilkan oleh MOE untuk membantu sekolah-sekolah menguruskan dengan lebih baik lagi, pengumpulan bayaran bagi program-program pengayaan dan barangan sampingan seperti jersi dan buku tahunan," kata Encik Tang.

"Ia menyediakan para ibu bapa dan pelajar dengan kaedah pembayaran tanpa tunai untuk mengurangkan pengurusan wang tunai di sekolah-sekolah," katanya.

Apabila ditanya, MOE tidak memberikan statistik bagi isu-isu pengurusan wang tunai di sekolah-sekolah, dan tidak menjelaskan lebih lanjut bagaimana sistem itu akan dilaksanakan.

Sistem baru tersebut diperkenalkan menyusuli satu kes mahkamah berprofil tinggi pada November tahun lalu melibatkan seorang guru Sekolah Menengah Woodgrove dituduh menyeleweng wang dari pelajar sebanyak S$40,000.

Guru-guru yang ditemui Mediacorp dengan syarat identiti mereka tidak didedahkan memberi reaksi bercampur-campur terhadap sistem baru itu, yang akan dilancarkan bertahap-tahap di sekolah-sekolah merata Singapura.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita