MOE kaji cara elak amalan pengiklanan tidak wajar pusat tuisyen
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Kementerian Pendidikan (MOE) sedang mengkaji cara untuk mengelakkan pusat tuisyen daripada menggunakan amalan pengiklanan yang tidak wajar, menurut Menteri Negara Pendidikan Gan Siow Huang pada Rabu (5 Feb).
Menjawab soalan tambahan di parlimen dari Encik Liang Eng Hwa (PAP-Bukit Panjang), Cik Gan berkata MOE mendapati beberapa pusat tuisyen memancing ibu bapa dengan mengambil kesempatan atas kebimbangan mereka bahawa anak mereka mungkin ketinggalan.
Dalam soalannya, Encik Liang berkata beliau "sangat terganggu" melihat kakitangan pusat tuisyen mengedarkan risalah kepada ibu bapa di luar sebuah sekolah rendah di kawasan undinya pada hari pertama sekolah dibuka tahun ini.
"Saya menawarkan pandangan saya kepada pasangan yang mengedarkan risalah tuisyen itu dan berkata mereka tidak patut berbuat demikian pada hari pertama sekolah bagi (murid) Darjah 1," tambahnya.
"Kami tidak mahu mewujudkan persaingan tidak perlu sebegitu serta tekanan terhadap ibu bapa dan pelajar-pelajar kami pada hari pertama Darjah 1."
Beliau bertanya sama ada MOE akan mengeluarkan "arahan" untuk menasihatkan pusat tuisyen supaya tidak mengedarkan iklan di luar sekolah, terutama sekali pada hari pertama sekolah bagi murid Darjah 1.
MOE tidak menyokong amalan sedemikian, kata Cik Gan sebagai memberi respons.
"Kami rasa ia secara tidak wajar mendorong ibu bapa untuk mendaftar anak-anak mereka ke dalam tuisyen dan ia bukan amalan yang sihat. Sekolah-sekolah kami tentu sekali tidak menyokong amalan sedemikian," tambahnya.
"Kami sedang mengkaji bagaimana untuk tidak menggalakkan pusat tuisyen daripada berbuat demikian. Kami sedang menyemak proses tersebut."

Sumber : CNA/IM/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.