MOE beri amaran penipuan emel tuntut bayaran yuran pengajian daripada penuntut
Petikan skrin amaran yang dihantar kepada para ibu bapa oleh MOE pada 22 Ogos 2025 tentang emel penipuan mengenai yuran pengajian. (Gambar: Pembaca CNA)
"Laporan polis sudah dibuat, dan siasatan sedang dijalankan. IHL terlibat sudah memaklumkan penuntut dan ibu bapa untuk memberi amaran tentang penipuan ini."
MOE juga menghantar mesej kepada semua ibu bapa dan penjaga pada Jumaat pagi melalui Parents Gateway, iaitu platform yang menyokong ibu bapa dan sekolah dalam hal-hal pentadbiran penting.
Kementerian itu menyatakan pihaknya susah dimaklumkan mengenai emel palsu yang menyasarkan ibu bapa dan meminta pembayaran yuran.
"Mereka yang sudah memindahkan wang atau memberikan maklumat peribadi dinasihatkan untuk membuat laporan polis dan segera memaklumkan kepada bank mereka," kata jurucakap MOE sebagai respons kepada pertanyaan daripada Mediacorp.
MOE menasihatkan para penuntut dan ibu bapa agar berhati-hati apabila menerima emel yang meminta pembayaran terus, pemindahan bank segera atau menyediakan pautan pembayaran di luar portal rasmi pelajar.
"Jika ragu-ragu, pelajar harus mengesahkan secara langsung dengan institusi mereka atau hubungi Talian Bantuan ScamShield 24/7 di 1799 untuk membuat pemeriksaan."
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.