Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

MOE ambil tindakan undang-undang terhadap kontraktor berkait insiden godam Mobile Guardian

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 10 Sep 2024 03:10PM Dikemas Kini : 10 Sep 2024 08:55PM
SINGAPURA: Kementerian Pendidikan (MOE) sudah mengambil tindakan undang-undang ke atas "kontraktor berkaitan", susuli serangan siber Mobile Guardian yang menjejas 13,000 pengguna dari 26 sekolah menengah.

Kira-kira satu daripada enam individu yang terjejas kehilangan data akibat penggodaman keselamatan siber terhadap aplikasi pengurusan peranti Mobile Guardian.

Demikian menurut Menteri Pendidikan Chan Chun Seng di Parlimen pada Selasa (10 Sep).

Kurang lima peratus pelajar tidak dapat memulihkan semula data mereka, kerana peranti mereka tidak disalin (back up) sebelum kejadian pada 4 Ogos, tambahnya.

Encik Chan menjawab soalan yang ditanya oleh sebilangan Anggota Parlimen (AP) tentang apa yang sudah dilakukan MOE untuk mengelakkan kejadian serupa daripada berulang, dan mengenai bantuan yang diberikan kepada pelajar.

Mobile Guardian sudah dipadam daripada semua iPad dan Chromebook sehari selepas penggodaman siber tersebut.

MOE menyatakan ia memerlukan penyedia perkhidmatan ITnya untuk memastikan sistem dan datanya selamat.
Kementerian tersebut sudah berhenti menggunakan Mobile Guardian di semua peranti pembelajaran peribadi dan kini sedang mengkaji aplikasi pengurusan peranti yang lain.

MOE menyatakan bahawa ia akan melancarkan aplikasi baharu itu menjelang Januari tahun depan.
KESAN KE ATAS PELAJAR

Data di dalam 13,000 peranti pembelajaran peribadi yang dihapuskan dari jauh mewakili kira-kira lapan peratus peranti yang digunakan pelajar sekolah menengah.

MOE mengerahkan 300 juretera dan kakitangan IT tambahan untuk membantu pelajar, dan menyediakan kertas arahan bagi mereka yang ingin mengesan sebarang masalah pada peranti mereka. Kesemua peranti dibetulkan dan dapat digunakan bulan lalu.

Sekolah menyediakan sumber pembelajaran dalam bentuk salinan dan membantu pelajar yang terkesan dari segi emosi, kata Encik Chan.

Tarikh akhir bagi tugasan dilanjutkan dan tugasan yang dinilai ditangguhkan mengikut keperluan, tambahnya.

Di peringkat sekolah, perubahan dilaksanakan berdasarkan keadaan dan keperluan sekolah.

Bagi peperiksaan nasional, perubahan khas dibuat bagi kurang 60 pelajar kerana persiapan mereka bagi salah satu subjek dilakukan di dalam iPad mereka.


PENDEKATAN BERPERINGKAT BAGI KESELAMATAN SIBER

Encik Chan juga menjawab soalan oleh AP Tan Wu Meng (PAP-Jurong), mengenai sama ada MOE sedang berusaha untuk memastikan kontraktor diwajibkan untuk memenuhi standard keselamatan siber yang sama, seperti yang perlu dipenuhi oleh rangkaian pemerintah.

Menurut Encik Chan, permukaan serangan adalah "luas" dan mustahil untuk "melindungi semua tempat dengan sumber yang sama, dengan tahap fokus yang sama", katanya.

Di peringkat nasional, infrastruktur maklumat penting menerima jumlah sumber yang sama, dan tahap keselamatan di bidang lain berbeza berdasarkan sistem, kata Encik Chan, yang menyifatkannya sebagai pendekatan bertingkat dan berdasarkan risiko.

Ia tidak praktikal untuk cuba memperoleh tahap keselamatan yang sama bagi setiap sistem, tambahnya.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan