Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

MOE akan terus tarik minat pelajar, pertingkat pembelajaran bahasa ibunda, kata Dr Maliki

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 07 Mar 2022 08:45PM Dikemas Kini : 07 Mar 2022 09:16PM

SINGAPURA: Menteri Kedua Pendidikan Dr Mohd Maliki Osman menekankan bahawa Kementerian Pendidikan (MOE) akan terus berusaha menarik minat pelajar dan mengekalkan prestasi mereka dalam pembelajaran bahasa ibunda.

Ini termasuk menyediakan peluang kepada para pelajar untuk memperdalam pembelajaran bahasa ibunda di sekolah, selain meningkatkan minat terhadap bahasa ibunda melalui aktiviti-aktiviti anjuran Jawatankuasa-Jawatankuasa Pembelajaran dan Penggalakan Penggunaan Bahasa Ibunda (MLLPC).

"Semasa perbahasan belanjawan, Encik Faisal Manap menyuarakan kebimbangan beliau tentang kemahiran anak-anak Melayu menggunakan bahasa ibunda. Saya ingin meyakinkan beliau bahawa pelajar Melayu masih menunjukan prestasi yang baik dalam mata pelajaran bahasa ibunda mereka di mana peratusan yang lulus dalam peperiksaan nasional kekal tinggi sehingga sekarang. Ini sesuatu yang harus kita banggakan walaupun kita akur akan cabaran yang mereka hadapi kerana pendedahan kepada penggunaan bahasa Inggeris dalam kehidupan hari ini," ujar beliau.

Sumber : CNA/KF/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan