Skip to main content

Singapura

MOE akan susun semula landskap Pendidikan Kegiatan Luar SG

Kementerian Pendidikan (MOE) akan menyusun semula landskap tapak Pendidikan Kegiatan Luar di Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
MOE akan susun semula landskap Pendidikan Kegiatan Luar SG

Para pelajar mengharungi litaran menara (tower circuit) di Pusat Pendidikan Luar Darjah Jalan Bahtera pada 1 Feb 2023. (Gambar: TODAY/Raj Nadarajan)

SINGAPURA: Kementerian Pendidikan (MOE) akan menyusun semula landskap tapak Pendidikan Kegiatan Luar di Singapura.

Tujuh lokasi bakal ditutup termasuk yang digunakan kumpulan-kumpulan seperti Persatuan Pengakap.

Satu pusat sedia ada akan dikekalkan manakala tiga tapak baharu bakal dibangunkan.

Menurut MOE, langkah itu bakal mengisi permintaan dengan lebih baik serta membantu keperluan penggunaan tanah pada masa hadapan.

Ini bermakna, menjelang 2032, jumlah tapak Pendidikan Kegiatan Luar dikurangkan separuh kepada empat.

MOE akan menutup pusat-pusat di Jalan Bahtera, Changi Coast dan Labrador.

Selain itu, tapak perkhemahan Briged Lelaki dan Perempuan di Sembawang, tapak perkhemahan Palang Merah berhampiran Bedok,

serta Kem Pengakap Sarimbun dan Kem Christine yang digunakan pelajar Pandu Puteri juga akan ditutup.

Sementara itu, tapak MOE di Dairy Farm dikekalkan dan akan ditingkatkan.

Pusat-pusat baharu akan dibuka di Mandai, Sembawang dan satu lagi lokasi yang belum didedahkan.

"Dengan kemudahan dipertingkat, program kem juga boleh menjadi lebih pelbagai, serta membantu para pelajar menimba beberapa kemahiran yang diperlukan pada abad ke-21, seperti mengenali diri sendiri dan kemudian bekerja sebagai satu pasukan, selain menjadi lebih lasak dan berdaya tahan," kata Pakar Utama (Pendidikan Luar), Sukan Fizikal di Jabatan Pendidikan Luar MOE, Dr Susanna Ho.
Sumber : CNA/NY/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita