MOE akan siasat dakwaan amalan tidak adil pada skim DSA: Chan Chun Sing
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Kementerian Pendidikan (MOE) akan menyiasat sebarang dakwaan terhadap amalan tidak adil dalam skim Pengambilan Masuk Ke Sekolah Secara Langsung (DSA), kata Menteri Pendidikan Chan Chun Sing pada Rabu (7 Feb).
Sepanjang lima tahun lalu, terdapat purata tujuh ibu bapa yang mempersoalkan keputusan DSA anak mereka, tambahnya.
Encik Chan menjawab soalan daripada Anggota Parlimen (AP) Jamus Lim (WP-Sengkang) mengenai amalan tidak adil dalam proses DSA.
"Berdasarkan pemeriksaan MOE bagi setiap kes, kami mendapati bahawa sekolah-sekolah tersebut menjalankan proses pemilihan secara ketat, objektif dan profesional," kata Encik Chan.
Profesor Madya Lim telah berkongsi bahawa beliau mengajukan soalan tersebut disebabkan "bukti yang boleh dipercayai" terhadap kemungkinan berlakunya kes amalan tidak adil.
Sebagai contoh, pemilihan yang melibatkan pemohon, terutamanya melalui sukan, cadangan seorang jurulatih mungkin "mempunyai nilai", katanya.
Encik Lim juga menjelaskan bahawa beliau tidak "membuat sebarang tuduhan" berlakunya rasuah, dan menggesa supaya skim DSA dilaksanakan dengan lebih jujur.
Beliau juga bertanya sama ada MOE mempunyai rancangan bagi pemeriksaan lebih teliti terhadap proses DSA, dan bukan mengikut kes.
"Jika kami percaya bahawa sistem tersebut adalah betul, dan jika anda mempunyai bukti yang boleh dipercayai, yang memerlukan perhatian kami, kami mengalu-alukan anda untuk mengemukakannya kepada MOE dan kami akan menyemaknya," kata Encik Chan dalam responsnya.
"Jika anda percaya bahawa terdapat masalah dengan seluruh sistem tersebut, maka saya cadangkan anda maklumkan kepada kami keprihatinan anda supaya kami boleh menyemaknya."
Encik Chan menekankan perbezaan antara bukti yang boleh dipercayai atau kes-kes terpencil, dengan masalah dengan sistem pemilihan. Beliau menarik perhatian tujuh kes tersebut adalah daripada 4,000 permohonan, di mana angka itu lebih rendah daripada permohonan PSLE.
Mungkin terdapat kes di mana ibu bapa dan pelajar "tidak mendapat sekolah pilihan mereka", lantas mendorong dakwaan terhadap amalan tidak adil, tambahnya.
"Namun jika perkara sedemikian berlaku, maklumkan kepada kami. Dan saya mengesyorkan kepada anda bahawa MOE akan menyemak setiap kes dengan teliti."

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.