Skip to main content

Singapura

MOE akan pantau sistem portal pelajar agar pembelajaran di rumah tidak terganggu: Maliki

Menteri Kedua Pendidikan, Dr Maliki Osman memberi jaminan Kementerian Pendidikan (MOE) akan terus memantau sistem portal pelajar (SLS) agar pelaksanaan HBL tidak terganggu.  

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 19 May 2021 10:37PM Dikemas Kini : 19 May 2021 10:49PM

SINGAPURA: Menteri Kedua Pendidikan, Dr Maliki Osman memberi jaminan Kementerian Pendidikan (MOE) akan terus memantau sistem portal pelajar (SLS) agar pelaksanaan HBL tidak terganggu.

Ini setelah para pelajar menghadapi masalah mengakses portal itu pagi Rabu (19 Mei).

Menerusi satu catatan Facebook, MOE memohon maaf kepada mereka yang terjejas.

"Walaupun terdapat kegenjotan pada pagi tadi, sistem telah pun dapat dipulihkan semula pada 9.30 pagi tadi. Kami akan terus memantau keadaan tersebut dan akan memastikan bahawa setiap penuntut akan dapat mengakses mata pelajaran mereka, bahan-bahan pelajaran mereka menerusi portal SLS tersebut," kata Dr Maliki.

Dr Maliki juga menambah bahawa pemilikan peranti pembelajaran peribadi (PLD) juga mempermudahkan pelaksanaan HBL kali ini.

Setakat ini, para pelajar di 54 sekolah menengah sudah menerima PLD masing-masing.

Semua pelajar dijangka menerima PLD mereka sebelum akhir tahun ini.

"Dengan keadaan COVID tahun lalu, ia semakin menjadi satu pemangkin bagi kita untuk mempercepatkan lagi proses tersebut dan kami akur bahawa pesatnya teknologi berubah memastikan
kita untuk terus bersedia,mempercepatkan lagi rancangan kita dan kerana itu kami membuat keputusan pada tahun lalu untuk mempercepatkan pemilikan PLD ini pada setiap penuntut di sekolah menengah pada penghujung tahun ini dan kami harap ini akan juga dapat memberi peluang kepada para penuntut kita menyesuaikan diri mereka," kata beliau.  

Sumber : BERITA Mediacorp/IZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita