Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

MOE akan manfaatkan lebih banyak teknologi untuk sokong pelajar & ringankan tugas guru

Kementerian Pendidikan (MOE) akan memanfaatkan lebih banyak teknologi untuk menyokong para pelajar, tidak kira tahap kebolehan mereka.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 28 Apr 2024 06:31PM Dikemas Kini : 28 Apr 2024 10:46PM
SINGAPURA: Kementerian Pendidikan (MOE) akan memanfaatkan lebih banyak teknologi untuk menyokong para pelajar, tidak kira tahap kebolehan mereka.

Menurut Menteri Pendidikan Chan Chun Sing, inovasi sedemikian juga dapat meringankan tugas guru.

"Di masa hadapan, dengan pedagogi lebih baik yang disokong teknologi, kita boleh capai lebih banyak penyesuaian besar-besaran ini.

"Jadi jika anda benar-benar bagus, anda boleh didorong ke tahap lebih tinggi. Jika anda tidak begitu bagus, anda boleh terus usahakan apa yang perlu diperbaiki mengikut tahap anda, pada rentak anda, tanpa terasa yang anda melengahkan yang lain.

"Jadi ini satu terobosan yang sangat penting, jika kita boleh bangunkan pedagogi baharu yang disokong teknologi yang tepat," kata Encik Chan.

Menurut Encik Chan, teknologi juga boleh digunakan untuk meringankan tugas para guru terutama sebilangan yang berkongsi rasa terbeban kerana perlu melakukan tugas pentadbiran selain mengajar.

Namun, walaupun kegunaan teknologi terus dipertingkatkan, Encik Chan berkata bahawa ia tidak akan mengambil alih peranan guru.

Sebaliknya, guru-guru kini dapat menjalankan tugas dengan lebih berkesan lagi.

"Hari ini, anda boleh dapatkan teknologi yang boleh hasilkan pelan pembelajaran asas dalam tempoh 30 - 45 minit.

"Kemudian, berdasarkan pengalaman para guru, mereka akan perbaiki, mengubah dan sesudah itu, menerapkannya.

"Dengan ini sahaja, mereka sudah jimatkan banyak masa.

"Jadi inilah cara-cara yang kami sering usahakan mengenai teknologi, program yang membantu para guru jimatkan masa, supaya mereka boleh benar-benar, seperti yang disebutkan tadi, memberi tumpuan kepada tugas membantu murid-murid mereka untuk belajar," kata Encik Chan.
Sumber : CNA/AT/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan