Model pusat penjaja perusahaan sosial imbangi keperluan penjaja dan fleksibiliti pengendali: MSE
Anggaran Waktu Membaca:
Pusat Penjaja Bukit Canberra. (Gambar: Facebook/Ong Ye Kung)
SINGAPURA: Pusat penjaja perusahaan sosial (SEHC) direka untuk mengimbangi kepentingan penjaja dan pelanggan sambil memberikan fleksibiliti kepada pengendali dalam strategi perniagaan mereka, menurut Kementerian Kemampanan dan Sekitaran pada Rabu (Sep 24).
Setiausaha Parlimen Kanan Kemampanan dan Sekitaran Goh Han Yan menjawab soalan di parlimen tentang model SEHC dan peranan pemerintah dalam mengawasi aturan penyewaan.
Beliau berkata bahawa model itu diperkenalkan untuk "memanfaatkan pengalaman dan kepakaran" pemain industri.
Komen beliau dibuat menyusuli kebimbangan awam mengenai perjanjian penyewaan di Pusat Penjaja Bukit Canberra, termasuk klausa yang memerlukan penjaja menyediakan makanan percuma di bawah inisiatif 'pay-it-forward'.
Pengendalinya, Canopy Hawkers Group, mengumumkan bahawa ia akan menghapuskan klausa tersebut apabila perjanjian penyewaan penjaja diperbaharui bulan ini.
Anggota Parlimen (AP) Louis Chua (WP-Sengkang) bertanya tentang pelibatan Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) dalam kontrak di SEHC, dan bagaimana pihak berkuasa memutuskan siapa yang harus menanggung kos menyediakan makanan berpatutan kepada pelanggan.
Cik Goh menjawab bahawa NEA mengekalkan pengawasan terhadap pengendali yang menguruskan pusat penjaja ini, dan mereka mesti mematuhi syarat-syaratnya.
"Syarat-syarat ini mencapai keseimbangan antara memastikan keperluan pelanggan dilayani secukupnya dan melindungi kesejahteraan penjaja," katanya, sambil menambah bahawa NEA membenarkan pengendali "fleksibiliti yang mencukupi" untuk menjalankan pusat penjaja dengan berkesan.
Sejak 2018, NEA menetapkan garis panduan asas untuk syarat penyewaan, termasuk had denda bagi pelanggaran kontrak. Perjanjian tersebut dikaji semula oleh NEA sebelum penjaja menandatanganinya dan klausa disesuaikan jika perlu, kata Cik Goh.
SKIM BAGI TUJUAN AMAL, HIDANGAN KOS JIMAT DAN DISKAUN
Mengenai isu skim hidangan bagi tujuan amal, Cik Goh berkata bahawa hanya Pusat Penjaja Bukit Canberra yang mempunyai program sedemikian setakat ini.
Beliau menggambarkan inisiatif ‘Pay-It-Forward’ sebagai usaha yang "berniat baik" untuk menyokong pelanggan berpendapatan rendah dan menjadikan pusat tersebut sebagai "pilihan ruang jamuan masyarakat yang inklusif".
Inisiatif ‘Pay-It-Forward’ itu merupakan sumbangan sukarela daripada pelanggan lain, dan bukan penjaja.
Skim tersebut turut dimaklumkan kepada NEA, dan diketahui oleh penjaja sebelum mereka membuat keputusan untuk menyewa gerai.
"Walaupun begitu, saya faham bahawa pengendali belum melaksanakan skim tersebut setakat ini dan berikutan maklum balas daripada pemilik gerai dan orang awam, pengendali memutuskan untuk mengeluarkan syarat tersebut daripada perjanjian baharu dan penyewaan yang diperbaharui."
Mengenai pilihan hidangan yang berpatutan, Cik Goh berkata pengendali SEHC dikehendaki di bawah syarat tender NEA untuk melaksanakan langkah-langkah untuk mengekalkan makanan pada harga berpatutan.
Oleh itu, gerai makanan dikehendaki menawarkan sekurang-kurangnya satu hidangan dengan kos jimat.
"Pengendali juga akan mengkaji semula harga hidangan kos rendah itu dari semasa ke semasa dan sebelum ini menaikkan harga berdasarkan maklum balas daripada pemilik gerai," tambahnya.
"Yang penting, pemilik gerai dijangka tidak mengalami kerugian daripada penjualan hidangan kos jimat tersebut kerana mereka sepatutnya sudahpun mengambil kira perkara ini semasa berunding sewa dengan pengendali."
AP Foo Cexiang (PAP-GRC Tanjong Pagar) bertanya sama ada NEA akan mengkaji semula syarat untuk pemilik gerai di SEHC menyerap diskaun 10 peratus yang ditawarkan kepada pelanggan yang menggunakan aplikasi pengendali.
Cik Goh berkata aplikasi tersebut adalah sebahagian daripada usaha yang lebih luas untuk menarik pengunjung.
"Pengendali SEHC menanggung kos pembangunan aplikasi sedemikian dan menjalankan usaha pemasaran dan publisiti, manakala pemilik gerai menanggung sebahagian daripada kos dengan memberikan diskaun untuk menarik kadar jualan lebih tinggi."
Tambah Cik Goh, pemilik gerai "memahami dengan jelas" keperluan hidangan kos jimat itu dan bagaimana ia memberi kesan kepada pengendalian mereka.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.