Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Model penjagaan warga tua baru gabungkan perumahan awam dengan khidmat jagaan

Sebuah model persekitaran hidup yang membantu untuk memenuhi keperluan warga senja sedang ditinjau. 

Anggaran Waktu Membaca:
Model penjagaan warga tua baru gabungkan perumahan awam dengan khidmat jagaan

Gambar hiasan. (Gambar: Jean-Christophe Verhaegen/AFP)

Diterbitkan : 06 Mar 2019 10:32PM Dikemas Kini : 06 Mar 2019 10:36PM

SINGAPURA: Sebuah model persekitaran hidup yang membantu untuk memenuhi keperluan warga senja sedang ditinjau.

Berucap semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan Kementerian Kesihatan (MOH) pada Rabu (6 Mac), Menteri Negara Kanan Amy Khor berkata bahawa MOH dan Kementerian Pembangunan Negara (MND) mempunyai rancangan untuk melancarkan satu projek perintis yang membolehkan "warga senja membeli rumah bersama pakej program dan khidmat yang boleh disesuaikan berdasarkan keperluan mereka".

Khidmat-khidmat tersebut, menurut MOH, mungkin termasuk pemeriksaan kesihatan, program senaman, khidmat mengemas, sokongan kecemasan 24/7 dan jagaan peribadi.

"Sebagai contoh, warga senja yang sihat boleh mendapatkan khidmat asas seperti kerja pembersihan rumah yang ringan," menurut Dr Khor di Parlimen.

MND dijangka akan berkongsi butir-butir tentang tempat yang dikenalpasti bagi projek tersebut.

Dr Khor menambah: "Projek itu boleh melibatkan flat-flat yang memunyai ciri-ciri mesra warga senja, ruang bersama seperti tempat rekeasi dan bilik jamuan dengan program-program untuk menggalak interaksi.

Dalam beberapa bulan mendatang, MOH dan MND akan mengadakan perbincangan fokus sebelum ia dibuka kepada pasaran. Warga senja, penjaga dan karyawan jagaan warga tua akan terlibat dalam proses itu dan lebih banyak maklumat akan didedahkan tahun ini.

Pemerintah juga ingin memanfaatkan teknologi bagi meningkatkan kehidupan warga senja.

Sebagai contoh, MOH sedang bekerjasama dengan Pejabat Digital dan Negara Bijak Pemerintah serta Jabatan Khidmat Awam untuk memperkenalkan satu modul baru di bawah aplikasi 'Moments of Life' untuk menyokong penuaan aktif.

Menurut Dr Khor, aplikasi itu termasuk kaedah Program Penuaan Aktif yang membantu warga senja mencari program-program berdekatan rumah mereka. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan