Model 'mahkamah online' antara huraian dipertimbang bidang guaman di sini
Singapura mungkin mempunyai "mahkamah online” pada masa hadapan. Ia adalah salah satu bidang utama yang dibentangkan Hakim Besar Sundaresh Menon semasa merasmikan Tahun Baru Undang-undang pada Isnin (6 Jan).
SINGAPURA: Singapura mungkin mempunyai "mahkamah online” pada masa hadapan.
Ia adalah salah satu bidang utama yang dibentangkan Hakim Besar Sundaresh Menon semasa merasmikan Tahun Baru Undang-undang pada Isnin (6 Jan).
Dalam ucapannya, Hakim Besar memberikan perkembangan terkini siri perbincangan yang diadakan antara pihak kehakiman dengan pelbagai sektor dalam bidang guaman.
Siri perbincangan itu berlangsung dari bulan Mei hingga Ogos tahun lalu dan beberapa isu utama telah ditimbulkan mengenai masa depan landskap undang-undang Singapura pada masa depan.
Menurut Hakim Besar Menon, penggunaan teknologi boleh membantu menghuraikan isu-isu yang berulang seperti penangguhan dan perbelanjaan dalam proses mahkamah.
Beliau menambah, model "mahkamah online" mungkin boleh menjadi salah satu cara penyelesaian utamanya.
Selain itu, perubahan mungkin juga dilakukan dalam cara undang-undang diajar dan diamalkan.
Perubahannya mungkin termasuk mengadakan kursus ijazah baru undang-undang yang meliputi latihan dan pembelajaran dalam subjek-subjek lain seperti perniagaan dan sains komputer.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.