Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Model gaji progresif S'pura beri peluang pekerja 'naik tangga' gaji kata Josephine Teo

Model gaji progresif di Singapura lebih baik daripada menetapkan gaji minimum atau gaji sara hidup kerana ia "memberi peluang kepada pekerja untuk menaiki tangga kerjaya", kata Menteri Tenaga Kerja Josephine Teo.

Anggaran Waktu Membaca:
Model gaji progresif S'pura beri peluang pekerja 'naik tangga' gaji kata Josephine Teo

(Gambar: Marcus Ramos)

Diterbitkan : 04 Jul 2020 11:54PM Dikemas Kini : 05 Jul 2020 12:02AM

SINGAPURA: Model gaji progresif di Singapura lebih baik daripada menetapkan gaji minimum atau gaji sara hidup kerana ia "memberi peluang kepada pekerja untuk menaiki tangga kerjaya", kata Menteri Tenaga Kerja Josephine Teo.

Gaji minimum menetapkan jumlah terendah yang boleh dibayar perniagaan kepada pekerja mereka di seluruh negara, Namun, ia tidak menggunakan sumber dengan sebaik mungkin di sektor-sektor berbeza, kata Cik Teo.

"Di beberapa sektor, mereka menghargai pekerja pada tahap yang berbeza sehingga mereka bersedia membayar lebih banyak. Sekiranya kita mempunyai gaji minimum tetap untuk semua sektor, maka di beberapa sektor yang mana syarikat sebenarnya boleh membayar lebih banyak, mereka tidak akan melakukan demikian," katanya.

"Apa yang ingin kami lakukan jauh melebihi jumlah minimum. Di Singapura, kita bertanya pada diri kita sendiri - adakah (pekerja) berpuas hati dengan hanya memperoleh jumlah minimum, atau sebenarnya mereka lebih suka diberi peluang untuk naik ke tahap lebih tinggi, untuk maju?"

Cik Teo berkata demikian dalam sesi dialog online yang disiarkan di laman Facebook Parti Tindakan Rakyat (PAP) pada Rabu (1 Jul).

Pertama kali dilaksanakan bagi sektor pembersihan pada 2014, model gaji progresif merujuk kepada tangga gaji yang membantu pekerja menambah gaji mereka sedang mereka memperoleh kemahiran dan meningkatkan daya hasil.

Model gaji progresif juga diperkenalkan untuk industri keselamatan dan landskap, dan dijangka diperluas kepada lebih banyak industri menjelang akhir tahun ini.

Industri bas juga secara sukarela melaksanakan model gaji itu.

"Ia menggalak majikan pekerja kolar biru untuk membaiki mutu pekerjaan dan meningkatkan daya penghasilan, agar dapat membayar gaji lebih tinggi kepada pekerja mereka," tambah Menteri Negara MOM Zaqy Mohamad yang turut serta dalam dialog tersebut.

Menurut catatan di laman PAP itu, model gaji progresif telah memanfaatkan 40,000 pekerja pembersihan yang menyaksikan pendapatan mereka meningkat sebanyak 26 peratus antara 2014 hingga 2019.

Dalam tempoh yang sama, pendapatan bagi 36,000 pengawal keselamatan meningkat 36 peratus, manakala dan 3,000 pekerja penyenggaraan landskap menikmati kenaikan gaji sebanyak 30 peratus.

Catatan itu juga menarik perhatian bahawa walaupun pendapatan pekerja di tangga paling bawah model gaji progresif itu adalah rendah, ia disokong dengan bayaran khas Daya Kerja, di mana Pemerintah menokok gaji pekerja berpendapatanrendah.

Pekerja bergaji rendah berusia lebih 55 tahun juga mendapat bayaran dari skim Kredit Pekerjaan Khas, selain bayaran khas Daya Kerja.

Beberapa parti pembangkang, termasuk Parti Pekerja (WP) dan Parti Demokratik Singapura (SDP), menggesa dilaksanakan model gaji minimum, manakala Parti Kemajuan Singapura mengusulkan gaji sara hidup dalam manifestonya.

Pada Khamis, setiausaha agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) Ng Chee Meng yang mengetuai pasukan PAP di GRC Sengkang yang baru juga mempertahankan model gaji progresif, menyifatkannya sebagai dasar yang lebih baik kerana merangkumi elemen daya penghasilan yang menguntungkan perniagaan.

Pekerja di bawah sistem gaji minimum boleh diberhentikan sekiranya majikan tidak dapat membayar gaji yang ditetapkan, kata Encik Ng semasa sesi langsung di Facebook.


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi liputan terkini GE2020: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan