Model baru flat sewa dirintis demi manfaatkan ruang sepenuhnya, saling jaga penyewa lanjut usia
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Facebook/Assoc Prof Muhammad Faishal Ibrahim)
SINGAPURA: Model baru perumahan sewa sedang dirintis bagi memberi privasi, di samping memastikan penggunaan ruang yang baik dalam sesebuah flat sewa awam.
Langkah tersebut turut dilaksanakan demi memanfaatkan ruang sepenuhnya dek bilangan flat sewa yang terhad serta demi saling menjaga kebajikan penyewa lain yang lanjut usia.
Menteri Negara Pembangunan Negara merangkap Ehwal Dalam Negeri Dr Muhammad Faishal Ibrahim berkata demikian dalam catatannya di laman Facebook pada Selasa (14 Mac).

Menurut Dr Faishal, setiap penyewa tunggal akan diberikan ruang peribadi, yang dilengkapi dengan perabot seperti katil, almari, meja, rak-rak dinding dan sebuah peti sejuk kecil.
Kemudahan-kemudahan seperti dapur, ruang makan, tandas dan bilik mandi bagaimanapun tetap akan dikongsi.
Model tersebut, yang turut dirintis bersama Menteri Pembangunan Negara Desmond Lee, adalah bagi memudahkan sesetengah individu yang menghadapi kesukaran dalam berkongsi flat.
Ini juga memandangkan pemohon tunggal yang membuat permohonan untuk flat sewa awam, akan diminta untuk berkongsi sebuah flat sewa dengan seorang pemohon tunggal yang lain.
"Dengan melakukan demikian, kami dapat menyediakan privasi peribadi di samping memastikan penggunaan ruang yang baik. Perkongsian kemudahan juga meningkatkan interaksi sosial, dan mengurangkan risiko peminggiran sosial," kata Dr Faishal.
Dr Faishal juga menarik perhatian bahawa model perintis itu akan dijadikan salah satu pilihan perumahan sewa awam untuk rakyat Singapura yang memerlukan sekiranya ia berjaya.

Sumber : BERITA Mediacorp/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.