Model bahasa AI dipertingkat, kini mampu kendalikan lagi 5 bahasa di Asia Tenggara
Satu model bahasa kecerdasan buatan (AI) yang dipertingkatkan, kini mampu mengendalikan bahasa Melayu, Tamil, Thai, Indonesia dan Vietnam sebagai tambahan kepada bahasa Inggeris, Mandarin dan Singlish.
Pembangun wadah MERaLiON iaitu A* STAR dan IMDA melancarkan sebuah platform bagi para pemain industri melakukan kajian dan membangunkan penggunaan praktikal untuk teknologi tersebut.
Ia juga berupaya untuk menukar kod dan mengecam emosi.
"Ini menjadikan MERaLiON relevan kepada kira-kira 450 juta orang yang menggunakan bahasa-bahasa ini setiap hari.
"Tambahan pula, ia memahami ayat yang mengandungi campuran bahasa, kini sangat lumrah dalam masyarakat berbilang kaum.
"Apakah yang membuatkan MEraLiON mempunyai ciri empati? Saya dimaklumkan bahawa ia juga dapat mengendalikan isyarat bukan lisan seperti kelantangan suara, nada dan emosi pengguna," kata Menteri Penerangan dan Pembangunan Digital, Josephine Teo.
Turut diumumkan di Persidangan Teknologi ATX adalah langkah menyeragamkan standard keselamatan AI antara Singapura dengan Amerika Syarikat.
Singapura melengkapkan pemetaan rangka kerjanya bersesuaian dengan yang diterbitkan oleh Institut Nasional Amerika bagu Piawaian dan Teknologi.
Ia bakal memudahkan para peniaga untuk mematuhi kewajipan keselamatan AI di kedua-dua negara.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.