Skip to main content

Singapura

Model baharu bawa jagaan kesihatan & sokongan sosial ke dalam masyarakat

Anggaran Waktu Membaca:
Model baharu bawa jagaan kesihatan & sokongan sosial ke dalam masyarakat

(Gambar: Tangkapan skrin video Mediacorp)

Diterbitkan : 28 Mar 2026 08:55PM Dikemas Kini : 28 Mar 2026 09:53PM
  • Kawasan kejiranan seperti Boon Lay dan West Coast di Singapura kini menjadi barisan hadapan dalam jagaan kesihatan warga emas.
  • Model 'Healthy Precinct' menyatukan penyedia jagaan, agensi pemerintah dan kumpulan masyarakat untuk menawarkan jagaan pencegahan di lapangan.
  • Program pendampingan membolehkan warga emas mendapat pemeriksaan, jagaan susulan dan menyertai aktiviti di kelab masyarakat serta kedai kopi.
  • Desmond Lee menekankan program ini bertujuan memperkasa warga emas supaya menua secara aktif dan menjadi sukarelawan, terutama bagi golongan lemah atau hidup sendirian.
Dijana oleh AI
SINGAPURA: Kawasan-kawasan kejiranan seperti Boon Lay dan West Coast memainkan peranan lebih besar sebagai barisan hadapan dalam jagaan kesihatan,sedang khidmat jagaan beralih dari hospital ke ruang kehidupan seharian.

Model "Healthy Precinct" menyatukan para penyedia khidmat jagaan kesihatan, agensi pemerintah dan kumpulan masyarakat untuk menyediakan jagaan pencegahan di lapangan.

Melalui program pendampingan, warga emas boleh mendapat akses kepada pemeriksaan, jagaan susulan serta kegiatan di tempat-tempat seperti kelab masyarakat dan kedai kopi.

Menteri Bertanggungjawab bagi Integrasi Khidmat Sosial Desmond Lee berkata: "Semua program ini bukan sekadar untuk manfaat warga emas kita sahaja,
tetapi juga untuk memperkasa warga emas untuk mempertingkatkan diri dan menua dengan aktif, menjadi sukarelawan aktif, menganjurkan program bagi warga emas lain, bantu menjaga mereka, terutama sekali golongan yang lemah atau hidup sendirian."
 
Sumber : CNA/AI/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita