MND pelawa orang ramai sumbang idea suntik kesegaran pada kedai kejiranan

(Gambar fail: Rachel Phua)
SINGAPURA: Jika anda punya idea bagaimana untuk menyegarkan kembali kedai-kedai yang terdapat di estet perumahan, Kementerian Pembangunan Negara (MND) ingin mendengarnya.
Satu tinjauan dalam talian sudah dilancarkan bagi mengumpulkan maklum balas daripada penduduk Singapura tentang bagaimana ikon masyarakat itu dapat kekal relevan.
Usaha ini didorong oleh sebab semakin ramai orang yang berbelanja secara dalam talian.
Sebuah kedai di Clementi West menjual peralatan memancing sejak 13 tahun lalu.
Mereka sedar tentang perubahan tabiat berbelanja, lantas mereka membuat keputusan untuk memanfaatkan wadah e-niaga sekitar dua tahun lalu.
Langkah itu ternyata berbaloi apabila perniagaannya secara online melonjak semasa tempoh pemutus rantaian jangkitan COVID-19.
Kementerian Pembangunan Negara (MND) mahukan pandangan orang ramai tentang cara menyuntik kesegaran pada kedai-kedai HDB tanpa mengorbankan nilai dan kedudukannya yang istimewa dalam masyarakat tempatan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.