MND kaji pilihan gabung blok HDB lebih kecil bagi undian HIP
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: iStock)
SINGAPURA: Kementerian Pembangunan Negara (MND) sedang mengkaji pilihan untuk menggabungkan blok-blok Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) yang tidak mempunyai banyak unit untuk mengundi sebagai satu kelompok dalam undian Program Peningkatan Rumah (HIP). Ini bagi memastikan terdapat jumlah isi rumah yang mencukupi untuk mengambil bahagian dalam pengundian tersebut.
Dalam jawapan bertulisnya pada Rabu (14 Jan), Menteri Pembangunan Negara Chee Hong Tat menarik perhatian bahawa di bawah proses pengundian semasa, blok-blok dengan jumlah unit yang lebih kecil mungkin berisiko tinggi tidak mencapai ambang 75 peratus bagi membolehkan projek HIP diteruskan.
"Salah satu pilihan yang sedang dikaji adalah dengan menggabungkan blok-blok yang tidak mempunyai jumlah unit yang besar untuk mengundi bersama sebagai satu kelompok, supaya terdapat bilangan isi rumah yang mencukupi dalam proses pengundian," katanya.
Menteri itu menambah bahawa MND akan menyemak semula proses pengundian HIP untuk mencari keseimbangan antara menyokong kawasan perumahan lama dan menghormati keputusan pemilik rumah.
Untuk kerja-kerja HIP dijalankan di sesebuah blok, sekurang-kurangnya 75 peratus daripada isi rumah rakyat Singapura yang layak mesti menyokong projek tersebut, dan setiap undi sangat penting.
Encik Chee berkata demikian semasa menjawab soalan mengenai HIP yang dikemukakan oleh Anggota Parlimen Hazlina Abdul Halim (PAP-East Coast) dan Ang Wei Neng (PAP-West Coast-Jurong West).
Cik Hazlina bertanya sama ada rangka kerja pengundian akan disemak semula selepas dua blok HDB di Tiong Bahru gagal mencapai ambang pengundian pada November lalu dengan perbezaan yang sangat kecil. Sementara itu, Encik Ang ingin tahu berapa banyak blok HDB sepanjang tempoh 10 tahun lalu yang gagal mencapai ambang 75 peratus tersebut.
Dua daripada 29 blok di estet Seng Poh, Tiong Bahru tidak memenuhi ambang tersebut, di mana satu blok kekurangan dua undi dan satu lagi blok kekurangan hanya satu undi.
Encik Chee berkata pada 8 Januari, sambil merujuk kepada kes di Tiong Bahru, bahawa MND dan HDB akan berunding dengan pihak-pihak berkepentingan tentang cara terbaik untuk menguruskan proses tersebut.
"Kita perlu mencari keseimbangan - untuk menentukan cara terbaik reka bentuk proses pengundian supaya kita dapat mencapai hasil yang baik," tambahnya.
Menteri itu pada Rabu (14 Jan) turut menyatakan bahawa dalam tempoh 10 tahun yang lalu, enam blok HDB gagal memperoleh lebih 75 peratus undi daripada isi rumah rakyat Singapura yang layak untuk meneruskan HIP.
Antaranya adalah dua blok di Tiong Bahru, serta satu blok di Serangoon Avenue 2 pada tahun 2017 dan tiga blok di Lengkong Tiga pada 2023.
"Bagi empat blok di Serangoon dan Lengkong Tiga, HDB menerima rayuan daripada pemilik rumah dan penasihat untuk pengundian semula. Selepas semakan yang teliti, HDB membenarkan blok-blok ini mengundi semula selepas kira-kira satu tahun dari undian pertama. Keempat-empat blok tersebut berjaya dalam undian semula untuk HIP," kata Encik Chee.

Sumber : CNA/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.