Skip to main content

Singapura

MND ikrar bekalan flat BTO lebih kukuh, masa menunggu lebih singkat

Kementerian Pembangunan Negara (MND) menegaskan komitmennya untuk mengekalkan bekalan kukuh flat BTO demi memastikan perumahan awam tetap mampu dimiliki.

Anggaran Waktu Membaca:
MND ikrar bekalan flat BTO lebih kukuh, masa menunggu lebih singkat

Sebuah flat BTO di Singapura.

Diterbitkan : 18 Sep 2025 07:41PM Dikemas Kini : 18 Sep 2025 07:42PM

SINGAPURA: Kementerian Pembangunan Negara (MND) menegaskan komitmennya untuk mengekalkan bekalan kukuh flat BTO demi memastikan perumahan awam tetap mampu dimiliki.

Kebanyakan flat baharu itu akan mempunyai tempoh menunggu lebih singkat.

MND juga akan mengekalkan bekalan tanah yang kukuh untuk perumahan privet.

Semua itu adalah sebahagian daripada pelan pembangunan dan keutamaannya untuk tahun-tahun mendatang.

MND juga akan mengkaji cara untuk menyediakan lebih banyak pilihan perumahan bagi kumpulan-kumpulan berbeza, termasuk golongan bujang dan keluarga lebih besar.

Penduduk di estet-estet lebih tua akan menikmati peningkatan estet serta pelbagai kemudahan lebih baik.

Ciri-ciri mesra warga emas akan disediakan di estet-estet ini, selain di beberapa estet perumahan swasta.

MND juga bakal membina lebih banyak hab masyarakat bersepadu.

Sumber : CNA/IQ/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita